24 Jun, 2012

ADA SYARATNYA UNTUK SEMUA YANG ANDA INGINKAN

Tuhan telah menetapkan Hukum Sebab-Akibat dengan ketegasan yang dijamin dengan semua sifat KEMAHAKUASAAN Tuhan, agar kita merasa damai dalam menjadikan diri kita sebab bagi kehidupan yang kita idamkan. Anda akan mencapai apa pun jika anda bersedia melakukan yang diperlukan untuk mencapainya.

Tetapi, berapa banyakkah orang yang kesibukannya benar-benar berhubungan dengan yang akan dicapainya? Berapa ramaikah orang yang ingin menjadi orang kaya yang kesibukannya sama sekali tidak ada hubungannya dengan berhemat dan memperbesar pendapatan? Apakah mungkin kita menjadi kaya dengan kebiasaan yang memiskinkan diri?

Apakah mungkin kita panjang umur dengan kebiasaan yang merosak kesihatan? Dan apakah mungkin kita menjadi orang besar dan disanjung dengan kebiasaan mencela dan bermusuhan dengan orang lain? Marilah kita ikhlaskan diri ini untuk terlibat hanya dalam hal-hal yang berguna.

Tenaga yang kita sia-siakan untuk mengeluhkan kehidupan, adalah sebetulnya tenaga yang kita perlukan untuk memperbaiki kehidupan. Maka, Bertenagalah untuk memperbaikinya.

Sahabat saya yang jernih fikirannya, Kita tidak mungkin menjadi peribadi yang terpelajar, jika kita malas belajar. Kita tidak mungkin menjadi peribadi yang kuat dan sejahtera, jika kita hanya mendahulukan yang mudah dan yang baik-baik sahaja. Marilah kita sedari, bahawa ketidakbahagiaan di tempat yang membayar kecil – adalah perintah untuk mengupayakan rezeki di tempat yang lebih berkat, dalam pekerjaan yang bermanfaat bagi sesama.

Tidak ada yang tidak diketahui oleh Tuhan. Tidak ada yang terjadi yang tanpa izinNya. Tidak ada yang diizinkanNya terjadi yang bukan untuk kebaikan kita. Maka sambutlah keadaan buruk, sebagai perintah agar kita tegas hanya melibatkan diri dalam fikiran, dalam perasaan, dan dalam pekerjaan yang lebih bermanfaat. Jika yang anda inginkan sedikit, maka penuhilah syarat yang juga sedikit bagi pencapaiannya. Tetapi, ... Jika yang anda inginkan besar dan banyak, maka besarkanlah peranan anda bagi kebaikan ramai orang. Tanpa sebuah sebab, tidak akan ada akibat.  Kitalah sebab bagi kesejahteraan dan kebahagiaan kehidupan kita sendiri. Sahabat saya yang baik hati, yang sedang dinantikan kesungguhan kerjanya yang sesuai bagi kebesaran hidup yang diimpikannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan