Konvokseyen Prasekolah Peringkat Zon, Kota Marudu |
Konvokesyen
Prasekolah Peringkat Zon, Kota Marudu telah berjaya diadakan pada 16
November 2010 di Dewan Komuniti, Kota Marudu. Majlis berlangsung dengan
lancar. Majlis diceriakan dengan kehadiran En. Jairon Maiba selaku
Penyelaras Prasekolah, Pejabat Pelajaran Daerah Kota Marudu. Beliau
turut berucap pada majlis itu, antara perkara yang disentuh ialah
peranan dan tanggungjawab guru-guru prasekolah, ibu bapa dan masyarakat
setempat. Sebaik ucapan beliau selesai, majlis penganugerahan kepada
para graduan murid-murid prasekolah dilangsungkan.
Penerima
sijil yang disampaikan oleh En. Jairon Maiba selaku Pegawai Penyelaras
Prasekolah didahului oleh murid-murid Prasekolah SK. Tagaroh, diikuti
oleh Prasekolah SK. Lampada, SK. Mosolog, SK. Teritipan, SK. Timbang
Batu, SK. Bintasan, SK. Ongkilan, SK. Langkon, SK. Simpangan, SK.
Talantang, SK. Bengkongan dan terakhir SK. Kota Marudu. Saya telah
mengambil semua gambar ketika murid-murid prasekolah menerima sijil.
Kepada guru-guru prasekolah dan ibu bapa, sila berhubung dengan saya
berkaitan dengan gambar. Tawaran istimewa AF RM 6.00 siap laminiting. 4R
RM 1.50. Anda tidak akan dapat tawaran serendah ini. Jangan lepas
peluang ini. Tawaran istimewa ini bermula sekarang sehingga 20 November
2010. Selepas itu, harga bukan lagi seperti yang dipaparkan.
Walaubagaimana
pun, guru-guru prasekolah dan juga pegawai penyelaras turut kecewa dan
berang dengan pengurusan sewaan dewan komuniti, Kota Marudu yang
nampaknya menafikan hak pelanggan dan tidak memenuhi standard sewaan
sebenar. Dalam permohonan surat kepada majlis daerah, dewan komuniti
disewa bermula awal pagi dan berakhir pada jam 3 petang. Apa yang
berlaku ialah sekitar jam 12.00 tengahari semua aircone dewan telah
ditutup sedangkan guru-guru masih lagi makan ketika itu. Sudahlah
begitu, guru-guru diarah menyusun kerusi, menyapu lantai dan
membersihkan kawasan luar dewan. Apakah sebenarnya piagam sewaan dewan
komuniti, sedangkan guru-guru prasekolah telah menyewa dewan sebanyak RM
1,000.00. Setahu saya, dengan sewaan begitu tinggi, semua pengurusan
termasuk menyusun kerusi, membersihkan dewan dilakukan oleh pengurusan
dewan komuniti. Pelik bin ajaib...Kita sama-sama renungkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan