Apa itu kaunseling?
Ö Kaunseling bukan nasihat.
Ö Hubungan kaunseling tidak berlaku hanya sehala.
Ö Kaunseling mementingkan manusia(Klien) lebih daripada masalah.
Ö Kaunseling
bukan menyelesaikan masalah atau persoalan hidup tetapi membantu klien
mencari jalan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapinya supaya
klien dapat melihat dirinya sebenar dan dunia persekitarannya.
Kaunseling
bukan bererti nasihat, walaupun terdapat nasihat yang diberikan. Malah
kaunselor tidak memberi jawapan secara langsung kepada semua persoalan
klien, kerana apa yang baik untuk kaunselor tidak semestinya baik juga
untuk klien . Keistimewaan khidmat kaunseling ialah ia membimbing klien
mencari sumber dirinya yang menyumbang kepada isu yang dihadapi.
Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah penting dalam menghasilkan
perubahan diri.
Oleh
kerana kaunseling bukan nasihat, hubungan kaunseling adalah berbentuk
dua hala. Kaunselor cuba memahami dengan mendengar dan memberikan
layanan serta interaksi yang baik, manakala klien memberihalkan masalah
mereka dan cuba memahami dan mengambil tindakan menguruskan masalah
tadi. Proses aksi dan reaksi di antara klien dan kaunselor turut
membantu klien mengenali diri dan persoalan yang dihadapinya.
Kaunseling
menggerakkan klien memahami diri dari segi kelemahan yang menghasilkan
masalah dalam hidup dan bagaimana klien terdedah kepada
permasalahannya. Oleh itu fokus mencapai matlamat yang mereka tentukan
sendiri melalui pemilihan-pemilihan yang bermakna, dan melalui
penyelesaian masalah yang berbentuk emosional atau antara individu.
Krumboltz
(George & Kristianni, 1990), pula mengatakan kaunseling merangkumi
aktiviti-aktiviti yang beretika yang dilakukan oleh kaunseling dalam
usaha membantu klien melibatkan diri dengan jenis-jenis tingkahlaku yang
akan menghasilkan penyelesian kepada masalah klien. Sebagai
rumusan, kaunseling adalah proses pertolongan yang profesional yang
bertujuan membantu individu memahami dirinya dan alam sekelilingnya.
Perhubungan Kaunseling Dan Personaliti Kaunselor
Perhubungan
kaunseling tidak dapat dipisahkan daripada ciri-ciri personaliti
kaunselor, iaitu mesra, jujur, menerima tanpa syarat dan berempati.
Perbincangan adalah pada diri klien dan peranannya dalam
permasalahannya, bukan masalahnya.
Kaunseling merupakan satu proses pembelajaran semula. Pembelajaran
semula berlaku melalui perkongsian cerita atau penglahiran perasaan,
mendapat pengetahuan atau maklumat batu hasil daripada interaksi bersama
kaunselor, mendapat kemahiran batu melalui contoh atau model daripada
kaunselor dan melalui main peranan.
Definisi kaunseling
Menurut
Blocher (shertzer & Stone, 1974), kaunseling adalah proses
interaksi yang menggerakkan pemahaman yang bermakna terhadap diri dan
persekitaran dan menghasilkan pembentukan dan/atau penjelasan matlamat
dan nilai untuk tingkah laku masa depan.
Burk
dan Steffire (George & Cristiani,1990), mendefinisikannya:
Kaunseling melambangkan satu perhubungan yang profesional di antara
seorang kaunselor yang terlatih dengan seorang klien. Perhubungan ini
kadangkala melibatkan lebih daripada dua individu. Ianya bertujuan
membantu klien memahami dan menjelaskan pandangan mereka terhadap
kehidupan, dan belajar manusia yang bermaruah dan unik walaupun klien
datang dengan cerita yang berbagai-bagai. Kaunselor perlu berpandangan
terbuka. Dia perlu mengelakkan diri daripada pandangan yang negatif
atau serong terhadap klien.
Berempati
Ini
merujuk kepada kebolehan kaunselor untuk memasuki ruang rujuk atau
dunia klien dan membenarkan dirinya mengalami proses mental dan emosi
yang dialami oleh klien sambil memahami dan menghayati pengertian
daripada proses ini.
Apakah Dia Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling?
Perkhidmatan percuma dan ikhlas yang disediakan kepada ANDA untuk mengatasi segala persoalan tentang:
Ä Peribadi dan emosi anda
Ä Perkembangan pelajaran
Ä Belajar dengan lebih berkesan
Ä Perlakuan tidak selaras,pendiam,susah hendak bergaul,selalu berpandangan negatif
Ä Keluarga
Matlamat Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling
v Supaya ANDA memahami tentang diri anda
v Supaya ANDA dapat menerima diri ANDA dan mempunyai pandangan yang objektif dan realistik.
v Supaya ANDA dapat mengenalpasti apakah keperluan ANDA
v Agar ANDA dapat membuat perancangan yang berkesan di dalam kehidupan ANDA pada masa sekarang dan akan datang.
Bagaimana Perkhidmatan Ini Dijalankan?
ü Perkhidmatan ini dijalankan melalui: KAUNSELING INDIVIDU (pertemuan ANDA dengan kaunselor)
ü KAUNSELING KELOMPOK (pertemuan ANDA dan rakan-rakan dengan kaunselor)
Dimana Perkhidmatan Ini Dijalankan?
Pertemuan
ANDA dengan kaunselor ANDA akan diadakan di dalam bilik Bimbingan &
Kaunseling, tanpa gangguan dan tidak boleh didengar oleh orang lain.
Hanya ANDA dan Kaunselor ANDA sahaja yang mengetahui tentang perkara
yang dibincangkan.
Segala Perbincangan Anda Dan Maklumat Yang Anda Berikan Adalah Dirahsiakan.
Bagaimanakah Cara Anda Mendapat Perkhidmatan Ini?
Datang seorang atau dengan rakan anda berjumpa kaunselor,
atau Mengisi borang temujanji yang boleh didapati di dalam Bilik Kaunseling
KAUNSELOR ANDA
Ä Sedia mendengar semua persoalan ANDA
Ä Menerima ANDA tanpa syarat
Ä Merahsiakan apa yang ANDA katakan
Ä Menghormati diri ANDA sebagai seorang individu
Ä Sedia berjumpa dengan ANDA pada bila-bila masa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan