24 Jun, 2012

KEPUTUSAN YANG MENGUBAH HIDUP ANDA


Anda Hanya 2 Pilihan Senyum Atau Stress
Setiap kita membuat pilihan setiap hari. Bahkan, salah satu cara untuk melihat hidup Anda di masa depan melalui pilihan-pilihan yang Anda buat hari ini. Sangat mudah untuk memikirkan pilihan ini dalam gambaran besar, misalnya apakah akan menyelesaikan sekolah atau tidak, melanjutkan ke pelajaran atau tidak, universiti mana yang akan dipilih, pekerjaan seperti apa yang kita mahu, dengan siapa kita akan menikah, dimana kita akan menetap, apakah kita akan memiliki anak dan sebagainya.

Tentu saja ini adalah ‘keputusan besar’ dan siapapun akan berkata bahawa pilihan itu memberikan kesan pada satu titik dalam kehidupan Anda. Tapi sebenarnya, semua hal itu bukanlah keputusan terpenting yang kita buat. Saya percaya bahawa keputusan yang paling penting adalah keputusan yang kita buat setiap hari dengan kesedaran penuh.

Pilihan besar yang tercantum di atas telah dilakukan di masa lalu. Ya, Anda dapat memilih untuk kembali ke sekolah, memiliki anak dll, tetapi bagi sebahagian besar orang, keputusan besar tersebut adalah bahagian dari masa lalu dan tidak dapat diubah lagi. Tetapi ada ribuan keputusan yang akan Anda buat dalam setiap saat kehidupan Anda. Banyaknya keputusan kecil yang harus Anda ambil untuk membuat keputusan-keputusan itu menjadi penting.
Ada lima hal yang saya yakin akan memberi kesan besar pada masa depan Anda – bererti pilihan Anda akan mempengaruhi hasil masa depan Anda. Setelah membaca ini, saya yakin Anda akan memikirkan orang lain. Berikut adalah lima pilihan penting yang boleh Anda mulai:

MENDENGAR LEBIH BANYAK dan berbicara lebih sedikit. Mendengar membuat Anda belajar. Mendengar memungkinkan Anda untuk membangun hubungan dan memilih untuk mendengar bukannya berbicara atau melakukan sesuatu yang lain ketika seseorang sedang berbicara adalah pilihan yang boleh kita lakukan sepanjang hari.
Mengharapkan yang terbaik bagi diri Anda dan juga orang lain. Fikirkan hal ini, Anda cenderung mendapatkan apa yang Anda harapkan – dalam hal hasil, respon dari apa yang dilakukan orang lain. Harapan biasanya didasarkan pada pengalaman, tapi semua pengalaman itu terjadi di masa lalu. Pada kenyataannya harapan Anda adalah pilihan. Jika saya berkata bahawa Anda dapat membuat pilihan yang dapat meningkatkan hasil secara konsisten meskipun Anda tidak melakukan apa-apa, apakah Anda akan tertarik? Anda pasti akan tertarik dan harapan Anda memang seperti itu. Pilihlah untuk berharap lebih banyak dan Anda akan menerima apa yang Anda harapkan.

MEMPERCAYAI orang lain lebih lagi. Jika Anda ingin lebih dipercayai dalam hidup, Anda baik di tempat kerja, rumah atau di mana saja, maka pilihlah untuk percayai orang lain lebih lagi. Anda dapat membuat pilihan ini dengan setiap orang yang Anda temui. Bukankah itu berisiko? Benar sekali, tapi dengan membuat keputusani ini secara sedar, maka Anda akan meningkatkan respek orang terhadap Anda dan Anda pun akan semakin menjadi orang yang dapat dipercayai dalam setiap hubungan di dalam hidup Anda.

Selaraskan tindakan Anda dengan tujuan. Jika tujuan Anda adalah menurunkan berat badan, maka jangan sering ke dapur dan biarkan pintu tetap tertutup. Jika Anda ingin siap saat menghadapi kesibukan, maka persiapkan dari sekarang. Jika Anda mengatakan bahawa keseimbangan hidup adalah hal yang penting, maka pulanglah tepat waktu dari pejabat. Jika tujuan Anda adalah lebih banyak membaca, maka matikan televisyen. Ini hanyalah contoh keputusan yang Anda buat sehari-hari, walaupun sebenarnya ini adalah keputusan yang Anda buat setiap minit. Jika Anda memilih untuk menyelaraskan tindakan dengan niat Anda, Anda dapat menciptakan mukjizat. Pilihlah sekarang. Masa depan Anda dimulai saat ini. Buatlah pilihan yang akan menciptakan masa depan yang Anda inginkan. Buatlah pilihan dan ambillah tindakan.

Kita harus menggunakan kekuatan pilihan kita dengan bijak. Lima pilihan di atas adalah pilihan-pilihan yang kita buat sepanjang hari. Ketika kita mengambil keputusan secara bijak, kita akan menciptakan hasil yang lebih banyak dari apa yang kita inginkan. Hidup dan keberhasilan Anda terdiri dari pilihan dan keputusan yang Anda buat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan