24 Jun, 2012

FALSAFAH KEJAYAAN PEMAIN BOLA GOLF


Falsafah Bola Golf
Beberapa waktu berlalu, saya merenungkan dalam diri saya apakah falsafah dan mesej tersirat yang boleh saya belajar melalui bola golf ini. Ketika ipar saya membeli satu set golf termasuk bola golf dan beberapa pemukul, saya cuba merasa struktur bola golf dan ternyata sangat unik. Permukaannya penuh lekukan. Ketika itu saya belum tahu kenapa permukaan bola golf dibuat berlekuk-lekuk.

Baru beberapa hari saya menemukan jawabannya, setelah membaca sejarah perkembangannya. Dulu bola golf dibuat dari kayu. Lalu, pada awal Abad XVII dibuat dari kulit dengan bahagian dalamnya diisi serpihan bulu angsa. Dibuat daripada getah karet keras sehingga menghasilkan bola golf yang bulat dan permukaannya licin. Menjelang akhir Abad XIX (yakni 1898), permukaan bola golf dibuat berprofil untuk menyesuaikan sifat bulu angksa sehingga boleh melayang jauh seperti burung ketika dipukul. Namun seratus tahun lalu, profil itu dibuat menjadi lekukan-lekukan. Ternyata dengan ratusan lekukan di permukaannya bola golf boleh bergerak lebih cepat dan lebih jauh dari bola licin. Sangat mengagumkan!

Sahabat,
Lekukan bola golf itu memiliki falsafah wisdom yang luar biasa. Lekukan-lekukan itu ibarat cabaran kehidupan, yang berupa kegagalan, kebosanan, keputusasaan, kesusahan, dan lainnya. Kita boleh lebih cepat berjaya manakala mampu mengatasi "lekukan-lekukan", atau pelbagai tentangan hidup.

Tentu, falsafah bola golf boleh kita pakai sebagai PENGUAT manakala harus menghadapi setiap cabaran yang muncul; kita tidak cepat menyerah ketika cubaan berat datang. Juga, tetap teguh dan kuat dalam memperjuangkan apa yang menjadi cita cita kita!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan