Ringkas cerita kursus ini diadakan selama 2 hari iaitu pada 8-9 November 2010 bertempat di Billik KSPK,
Kota Kinabalu, Sabah. Saya agak teruja apabila berjumpa dengan
guru-guru kaunseling yang kelihatan gah mewakili daerah masing-masing di
negeri Sabah. berbanding saya yang boleh dikatakan baru setahun jagung
dalam kaunseling. Pada saya komitmen adalah tuntutan utama. Jurulatih
yang diterbang khas dari Negeri Sembilan En. Norhisyam dan rakannya.
Nama jolokan yang diberi oleh guru-guru kaunseling kepada En. Norhisyam
ialah Jurulatih negara dan memang benar beliau adalah merupakan
jurulatih utama di negara ini.
Secara teori nampaknya pelaporan el4 dan
sal4 mudah, tapi praktiknya susah terutama bagi mereka yang baru
berjinak-jinak dengan komputer. Bagi saya, kursus ini memberi impak yang
sangat besar dalam hidup saya. Secara asasnya setiap kursus yang
dilaksanakan pastinya ada suatu pengalaman baru dan pengetahun baru.
Dapatan dan informasi kursus tersebut, semua sekolah menengah dan rendah
yang layak ada kaunselor, wajib membuat pelaporan . Kedua bagi guru
yang telah membuat pelaporan sebelum pada 1 November 2010 dianggap tidak
sah dan mesti membuat pelaporan semula di daerah masing-masing. Untuk
maklumat lanjut sila berhubung dengan jurulatih daerah masing-masng.
Tahniah kepada pengurusan kaunseling di peringkat negeri khususnya Tuan
Awang Mat Said dan Tuan Nawawi orang kuat kaunseling.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan