Hati Yang Penuh Syukur |
Alkisah,
di sebuah senja kelabu di pinggir kota kecil Taiwan, kelihatan seorang
lelaki sedang berjalan pulang ke rumah dari tempat kerjanya sebagai
pemandu teksi. Tiba-tiba, perhatiannya tertuju pada gerakan rumput dan
suara gemerisik di tengah-tengah bebatuan di tepi jalan.
Segera,
dihampiri dengan perasaan berhati-hati. Seketika, matanya terbeliak
terkejut melihat bungkusan berisi bayi merah yang tertiarap di situ.
Setelah melihat di sekeliling tempat itu yang kelihatan sepi saja,
segera diangkat bungkusan bayi itu dengan hati-hati dan dengan
tergopoh-gopoh dibawa pulang ke rumahnya.
Isterinya
terkejut mendengar cerita dan melihat apa yang ditemui oleh suaminya.
Isterinya segera menggendong bayi dengan perasaan sayang. Mereka adalah
sepasang suami isteri yang telah lama mengharapkan kehadiran anak di
tengah keluarga. Bayi yang masih merah itu terasa seperti pemberian Yang
Maha Kuasa kepada keluarga mereka.
Waktu terus berjalan. Selang kira-kira usia dua tahun, kerana merasa ada yang janggal dengan kemampuan bercakap dan reaksi pendengarannya yang sangat lambat, kedua orang tua itu membawa anaknya ke rumah sakit. Kecurigaan mereka pun terjawab, anak tersebut memang cacat sejak lahir, iaitu bisu tuli. Walaupun rasa keciwa sesaat, namun perasaan sayang yang telah terpupuk selama ini, membuat mereka memutuskan untuk tetap memelihara dan membesarkan anak itu.
Waktu terus berjalan. Selang kira-kira usia dua tahun, kerana merasa ada yang janggal dengan kemampuan bercakap dan reaksi pendengarannya yang sangat lambat, kedua orang tua itu membawa anaknya ke rumah sakit. Kecurigaan mereka pun terjawab, anak tersebut memang cacat sejak lahir, iaitu bisu tuli. Walaupun rasa keciwa sesaat, namun perasaan sayang yang telah terpupuk selama ini, membuat mereka memutuskan untuk tetap memelihara dan membesarkan anak itu.
Tahun
silih berganti. Walaupun cacat, si gadis kecil adalah anak yang cerdas
dan mendapat pendidikan yang baik di sekolah luar biasa hingga mampu
lulus dengan baik. Setelah lulus, melalui ujian dia diterima masuk untuk
bidang seni di perguruan tinggi kota besar. Perasaan gembira dan sedih
pun silih berganti. Gembira kerana diterima anaknya ke universiti
terkenal, sedih harus berpisah jauh dan perlukan belanja yang besar
untuk itu.
Demi
mewujudkan impian anaknya, kedua orang tua itu bertekad untuk berjimat
cermat dan bekerja berhempas pulas. Sejak saat itu, si ayah bekerja
sangat keras, hampir setiap hari pulang ke rumah hingga larut malam.
Namun hidup memang sering tidak sesuai dengan rancangan manusia. Ketika
kuliah memasuki tahun ke-2, suatu malam si ayah pergi dan tidak pernah
kembali. Teksi yang dibawanya berlanggar dan nyawanya tidak dapat
diselamatkan.
Si
anak tahu, betapa berat beban belanja yang harus dipikul ibunya dan dia
memutuskan untuk berhenti kuliah, pulang dan bekerja serta menemani
ibunya di rumah. Mengetahui itu, si ibu sangat tersentuh dengan
pengertian anaknya. Tetapi, ia menegaskan, "Ibu tahu kesedihanmu, nak.
Ibu juga sangat kehilangan ayahmu. Tetapi kamu tidak boleh berhenti
kuliah. Belajarlah yang benar! Selesaikan kuliahmu secepatnya dan ibu
tunggu kepulanganmu dengan ijazah di tangan. Setiap bulan, ibu akan
berusaha mengirimkan wang untuk belanjamu di sana. Ingat, jangan
berfikir pulang sebelum kuliahmu selesai. Jika kamu gagal, ibu dan
ayahmu di alam sana pasti keciwa kerana kerja keras dan pengorbanan kami
selama ini akan sia-sia."
Waktu terus berjalan. Selesai pengajian, dengan bangga dan kegembiraan yang meluap serta kerinduan yang sangat, si anak segera pulang ke desanya. Setiba di rumah, dia mengetuk berulang kali pintu rumahnya yang tertutup rapat. Sungguh tidak pernah diduga sama sekali, pertemuan dengan tetangganya ternyata membuat hatinya lumpuh seketika. "Nak, ibumu setahun lalu telah meningal dunia. Maafkan kami tidak memberitahu kerana ibumu meminta kami bersumpah untuk merahsiakannya. Semua hasil tabungan ibumu disimpan dengan kami untuk dikirimkan kepadamu setiap bulan dan dia pun meminta kami membalaskan surat-suratmu. Masih ada satu rahsia besar yang sebenarnya ayah ibumu sembunyikan darimu. Bahawa kamu sesungguhnya bukan anak kandung mereka. Walaupun kamu cacat dari bayi, mereka tidak peduli. Mereka tetap menyayangimu melebihi anak kandung sendiri."
Mendengar
semua cerita tentang dirinya, duka yang mendalam tidak mampu diwujudkan
dalam teriakan histeria. Hanya derasnya airmata yang mengalir tidak
terbendung. Di depan makam kedua orang tuanya, sambil bersimbah air
mata, si gadis bersujud dan mendoakan kebahagiaan orang tuanya.
Demi
mengenang dan mencurahkan rasa syukur yang besar atas kasih sayang dan
pengorbanan kedua orang tuanya, lahirlah sebuah puisi yang sangat
menyentuh, berjudul Hati yang Penuh Syukur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan