Harga Sebuah Senyuman |
Pada suatu ketika,di tempat
yang kebanyakan penduduknya hidup mewah telah dihebohkan dengan
ditemukannya sesosok mayat yag mati akibat bunuh diri.Dekat mayat
ditemukan selembar kertas berisi tulisan yang berbunyi demikian,"Jika pada hari ini aku menemukan seseorang yang mahu tersenyum kepadaku,maka aku tidak akan bunuh diri".
Tulisan ini memang tidak
bermakna lagi karena penulisnya telah meninggal dunia tetapi tulisannya
yang ditinggalkan menjadi sebuah mesej yanh telah menimbulkan penyesalan
dalam hati bagi penduduk di daerah itu.Apakan daya,semuanya sudah
terlambat.Namun yang patut dipertanyakan adalah:"Mengapakah tidak ada
seorang pun yang mahu tersenyum kepadanya?"
Marilah kita pancarkan
kegembiraan yang ada dalam hati kita melalui senyuman yang tulus dan
memberkati orang lain karena kasih Tuhan yang bekerja di dalam hidup
kita.Jangan biarkan sedikit pun kekhuatiran dan ketakutan merebut
kegembiraan kita sehingga kita tidak dapat tersenyum.Serahkanlah semua
masalah yang sedang anda hadapi. Dia sanggup untuk menolong anda.
KuasaNya tidak pernah berubah.
Kita imbas kembali cerita Ayub
bahawa senyumannya telah memberkati mereka yang putus asa kerana
pelbagai masalah kehidupan. Senyuman disertai ketulusan bagaikan setitis
air yang sejuk di padang guru. Oleh itu, jadilah berkat Tuhan lewat
senyuman anda. Siapa tahu, anda telah menyelamatkan jiwa seseorang lewat
senyuman yang anda berikan kepadanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan