Tiada Yang Mustahil Di Dunia Ini |
Wilma
Rudolph, lahir dari keluarga yg sangat miskin 23 Jun 1940, di-Tennesee,
USA. Anak ke-20 dari 22 bersaudara. Ayahnya hanya seorang porter KA /
buruh mengangkat barang dan ibunya hanya tukang masak & cuci baju
tetangga. Hidup mereka benar-benar miskin.
Ketika
umur 4 tahun, ia menderita radang paru-paru dan demam tinggi yg
menyebabkan kakinya lumpuh. Orang tuanya tak mampu membeli ubat kerana
waktu itu Amerika masih ada sikap perkauman yg membuat orang-orang kulit
hitam dilayan perlakuan buruk dlm kesihatan dan pendidikan. Akhirnya,
ia harus menggunakan kaki palsu dan doktor menyatakan bahawa kakinya
akan lumpuh selamanya. Tetapi ibunya terus berdoa kepada TUHAN dan
memberi keyakinan kepada Wilma bahawa ia pasti normal kembali. Situasi
semakin buruk, kakinya yg lumpuh semakin mengecil dan hanya terjuntai
tanpa ada reaksi. Namun Wilma terus mengucapkan kata-kata iman dan
berkata "Aku akan menjadi wanita tercepat di dunia dalam trek." dan ia
terus mencuba untuk berdiri, walau pun sudah ribuan kali ia mencuba
& jatuh, ia tidak menyerah.
Pada umur 9 tahun, ia nekad melanggar nasihat doktor dan membuang tongkatnya dan melakukan langkah pertama yg menurut para doktor tidak akan dapat dilakukannya. Selama 3 tahun ia terus mencuba melangkah, berjalan & berlari. Pada umur 13 tahun ia mengikuti perlumbaan pertama kalinya dan menjadi peserta satu-satunya yang berkaki tidak sempurna. Ia kalah tetapi Wilma terus berlari. Ia terus bertanding di ratusan perlumbaan dan mengalami ratusan kekalahan. Hingga suatu hari ia berhasil menang perlumbaan lari dalam satu kejuaraan Provinsi yg membuatnya berhasil meraih biasiswa di Tennesee State University & mempertemukannya dengan seorang pelatih atletit bernama Ed Temple.

berkata pd Ed Temple "Saya ingin menjadi wanita terpantas dalam trek
olahraga dunia." Di bawah bimbingan Ed, Wilma terus berlatih siang
malam, mengatasi pelbagai rintangan, bertanding dalam ratusan perlumbaan
dan terus berlari hingga akhirnya Sejarah mencatat, pada Olimpik tahun
1960, Wilma Glodean Rudolph, Seorang wanita kulit hitam pertama yang
pernah menderita polio & lumpuh, akhirnya menjadi juara Olimpik dan
berjaya memenangi 3 medal emas di larian trek 100 meter, 200 meter dan
400 meter. Dia juga menjadi wanita terpantas di dunia dalam larian
olahraga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan