24 Jun, 2012

MEMELIHARA IMPIAN


Jagalah Mimpi Anda
Sebelum sebatang pohon dapat tumbuh tinggi, terlebih dahulu ia harus menanamkan akarnya jauh ke dalam tanah, demi memperoleh zat makanan. Sama dengan mimpi anda. Bila anda ingin impian berubah menjadi kenyataan, anda harus mencari cara untuk memberi makan dan memelihara mimpi anda.

Sangat tidak realistik untuk berharap bahawa anda dapat mencapai bintang, tanpa terlebih dahulu menanam akar dalam tanah yang padat. Bermimpi itu boleh untuk sesuatu yang hidup di alam khayal. Namun mewujudkannya di alam nyata memerlukan perjuangan konsisten dan kuat.

Tanpa akar yang kuat, bahkan pohon tertinggi dan besar akan tumbang. Tanpa terus belajar, bersikap disiplin, memelihara integriti, komitmen, ketabahan, kesabaran, dan usaha, bahkan mimpi yang paling mungkin dan paling hebat akan tumbang. Mimpi dan tujuan anda memerlukan pemeliharaan. Tanamkan akar mimpi anda sedalam dan selebar mungkin sehingga anda dapat mencapai puncak impian anda hari esok.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan