REALISTIK
(Persawatan,
Sains, Penghitungan, Kerja Luar)
Minat:
¥ Mempunyai kemahiran elektik
atau mekanikal
¥ Kegiatan yang melibatkan
manipulasi objek.
¥ Alat-alat, mesin-mesin,
binatang-binatang secara terang dan bersistem
¥ Minat bekerja di luar bangunan
daripada di dalam bangunan
Ciri
Personaliti:
¥ Sukakan pekerjaan
yang realistik dan mengelak daripada aktiviti
sosial.
¥ Menggunakan kebolehan
kekuatan fizikal dalam menyelesaikan masalah.
¥Menghargai
perkara-perkara yang konkrit atau ciri-ciri peribadi yang terbukti kebenarannya
seperti wang, kuasa dan status.
¥ Mempunyai kecekapan
dalam bidang sains dan matematik.
¥ Kurang kebolehan
dalam hubungan sosial.
Kerjaya:
Mekanik,
jurugegas jentera, juruelektrik, jurufoto, jurutaip, jurutera, juruukur am,
pakar cap jari, ahli kaji logam, ahli optik, ahli penternak ikan, juru kamera
wayang gambar, juru teknik, akauntan, perangkawan, operator mesin, mekanik
kapalterbang, ahli ilmu perkebunan, tukang kayu, dll
INVESTIGATIF
(Sains)
Minat:
¥ Suka membuat pemerhatian,
mempelajari, menyelidik, menganalisis,menilai
dana menyelesaikan masalah melalui penyelidikan.
¥ Mepuyai kemahiran saintifik
dana matematik dan beberapa kerjaya
bercorak teknikal.
¥ Kajian-kajian secara
pemerhatian, perlembagaan, bersistem.
¥ Kreatif mengenai
fenomena-fenomena fizikal, biologi, dan budaya
untuk memahami dan mengawal fenomena-fenomena tersebut.
Ciri
Personaliti:
¥ Sukakan suasana pekerjaan
investigatif.
¥ Suka kepada aktiviti-aktiviti
simbolik, dan sistematik.
¥ Penyelidikan berhubung dengan
sains fizikal dan biologikal tetapi tidak suka aktiviti sosial,
pemujukan, dan berulang-ulang.
¥ Mempunyai tingkahlaku yang
cenderung kepada kebolehan saintifik
dan matematik, sebaliknya kurang kebolehan memujuk.
Kerjaya:
Ahli
kajicuaca, ahli biologi, ahli botani, ahli agronomi, ahli fizik, ahli
kajibintang, ahli kimia, ahli kajibumi, penyelidik sains, antropologis, ahli
arkilogi, ahli geografi, ahli geofizik, ahli teknologi makanan, pakar
pengajaran pandang dengar, aktuari, ahli fisiologi perubatan, doktor, guru
sains, doktor haiwan, pakar makanan dll.
ARTISTIK
(Muzik,
Seni, Sastera)
Minat:
v Kegiatan-kegiatan yang bebas,
tidak bersistem dan melibatkan
v Manipulasi bahan-bahan fizikal,
bahasa, dan kemanusiaan untuk mencipta bentuk-bentuk dan hasil seni.
v Punya kebolehan artistic dan
inovatif
v Tidak selesa dengan kerja rutin
atau berulang-ulang.
v Menggunakan imaginasi dan
kreativiti.
Ciri
Personaliti:
Ø Sukakan suasana dan pekerjaan
artistik (bebas, tidak bersistematik, dan kabur).
Ø Melepaskan perasaan atau
menyelesaikan masalahnya dengan cara melahirkan menerusi ciptaan ataupun
karyanya.
Ø Tingkahlaku cenderung kepada
kebolehan dalam bahasa, seni, muzik, drama dan penulisan.
Ø Sangat benci kepada pekerjaan
perkeranian dan perniagaan.
Ø Sensitif kepada persekitaran.
Kerjaya:
Pengarang,
kartunis, pelukis papan iklan, penyanyi, dramatis, penerbit radio & TV,
pencipta muzik, penulis lirik, pereka bentuk fesyen, guru seni halus, artis
persolekan, konduktor orkestra, juruhebah muzik, penjual toko muzik, arkitek,
juru gambar, pelukis batik, juru hias dalam, pelukis, penjual bunga, pemberita,
penulis skrip, penggubah lagu, pelukis potret, wartawan,pelukis kartun, dll.
SOSIAL
(Khidmat
Sosial, Daya Pujuk)
Minat:
Ö Manipulasi orang lain dengan tujuan
untuk memberitahu, melatih, mengembang, menyembuh, atau memberi ilham dan
membuat kebajikan.
Ö Suka berinteraksi dan bekerja
dengan manusia.
Ciri
Personaliti:
Ö Mengutamakan aktiviti-aktiviti
mempengaruhi orang lain seperti memberitahu, latihan,perkembangan dan
pemulihan.
Ö Sukakan kegiatan social.
Ö Suka dirinya dilantik sebagai
ketua.
Ö Pandai mewujudkan hubungan antara
individu tetapi kurang dalam bidang teknikal dan kerja tangan.
Ö Suka mendapat perhatian.
Ö Mengelak diri daripada aktiviti yang
sistematik yang melibatkan benda, pekakas, atau mesin.
Ö Mahir berkomunikasi
Ö Matlamat utama ialah membuat
kebajikan.
Kerjaya:
Guru,
Kaunselor,ahli psikologi klinikal, pegawai kebajikan masyarakat, jururawat,
diplomat, pustakawan, pengulas berita, pegawai personal, penasihat penanaman,
Pegawai Perhubungan Industri, pemandu pelancong, Penasihat Bimbingan
Vokasional, pegawai kesihatan, pegawai polis, peguam, pendakwah, ahli politik,
penjual insuran, pendakwa raya dll.
ENTERPRISING
(Penghitungan,
Daya Pujuk, Khidmat Sosial)
MINAT:
v Manipulasi orang lain untuk
mencapai matlamat organisasi dan keuntungan ekonomi.
v Suka bekerja dan berinteraksi
dengan manusia.
v Mempengaruhi, mengarah,
memimpin dan mengurus individu lain.
Ciri-ciri
personaliti:
Ö Suka kepada aktiviti yang boleh
mendapat keuntungan.
Ö Mempunyai kebolehan memimpin,
interpersonal, dan memujuk tetapi kurang dalam perkara-perkara saintifik (lemah
kecekapan sains).
Ö Menerima dirinya sebagai agresif,
popular, mempunyai keyakinan diri, sosial, dan ada kecekapan bercakap.
Ö Ambil berat dalam soal-soal
kekuasaan.
Ö Mempunyai kemahiran dalam bidang
penjualan.
Ö Sukakan status dan kepimpinan.
KERJAYA:
Peguamcara
dan peguambela, pegawai pendakwaan, polis, tentera, jurujual, pengurus
pengeluaran, pengurus kelab, penyelia penjualan, penganjur sukan, pegawai
penilai, pengurus restoran, mandur estet, renjer hutan, pegawai pemasaran,
perunding, akauntan, guru matematik, ahli audit juru ukur, navigator terbang,
ahli politik, penulis skrip iklan, pegawai perhubungan, speculator, aktuaris,
dll.
KONVENSIONAL
(Penghitungan)
Minat:
¥ Kegiatan-kegiatan yang
melibatkan manipulasi data secara terang, teratur, dan konsisten.
¥ Suka bekerja dengan data dan
nombor
Ciri
Personaliti:
¥ Suka kepada aktiviti yang
melibatkan usaha mempengaruhi data-data dengan sistematik.
¥ Mementingkan aktiviti yang
menggunakan nombor, memberatkan kepada aspek-aspek perbualan ataupun
topik-topik yang dirancang.
¥ Tingkahlaku cenderung kepada
bidang perkeranian, perniagaan dan komputer.
¥ Lemah dalam kecekapan seni.
¥ Melakukan sesuatu secara
terperinci, bersifat akur dan mengikut arahan.
Kerjaya:
Pemeriksa
akaun bank, perancang belanjawan, pegawai penilai, operator komputer, pakar
kawalan mutu, pegawai perangkaan, pegawai cukai, juru trengkas mahkamah, kerani
audit, juru analisa sistem, juruwang, guru matematik, juru ukur, penyusun
komputer, penyimpan kira-kira, guru perdagangan, akauntan, jurujual insuran,
dll.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan