24 Jun, 2012

8 LANGKAH MENUJU IMPIAN

Jalan Menuju Impian Anda
Ketika Anda mulai untuk mengambil tindakan menuju tujuan dan impian Anda, Anda harus menyedari bahawa setiap tindakan tidak akan sempurna. Bukan setiap tindakan akan menghasilkan sesuatu yang Anda diinginkan. Tidak setiap tindakan akan bekerja sesuai impian anda. Kadang kala membuat kesalahan, mendapatkan hampir benar, dan percubaan untuk melihat apa yang terjadi adalah bahagian dari proses untuk akhirnya mendapatkan sesuatu dengan benar, sesuai dengan impian. Ada pepatah mengatakan, kegagalan adalah awal dari kejayaan.Tetapi perlu kita ingat bahawa bukan bermakna kejayaan harus dimulai dari kegagalan.

Boleh jadi kejayaan dan impian yang anda raih adalah hasil dari rancangan, pemikiran yang dalam, hingga anda telah melakukannya.  Tips dalam meraih cita-cita dan impian:

1.   Kenali kemampuan dan cita-cita anda.
Ini adalah langkah paling awal dari pencapaian cita-cita.

2.   Fokus pada tujuan
Fokus, penting untuk diterapkan. Jika seorang petani mengejar ayam 2 ekor sekaligus, maka tidak satu ekor ayam pun yang ia dapat. Apa yang ia dapat hanya kepenatan. Fokus dan konsentrasi, adalah proses untuk menuju cita-cita itu. 

3.   Terus asah bakatmu 
Setelah konsentrasi, selanjutnya adalah mengasah apa yang telah dipelajari.

4.   Berani mencuba sesuatu yang baru
Jangan takut untuk mencuba. dalam mencuba pasti kadang kala jatuh. Tapi jangan lihat seberapa kali anda jatuh, melainkan seberapa banyak kamu dapat bangun semula.

5.   Tekunlah berlatih
Orang yang tidak pintar, tapi belajar, lebih baik daripada yang pintar tapi tidak belajar. Lebih baik lagi  jika pintar dan belajar.

6.   Belajarlah dari orang berjaya
Tentu jika anda bercita-cita menjadi presiden, figur presiden seperti apa yang kamu inginkan. Tentukanlah sesuai dengan cita-citamu.

7.   Berdoalah selalu
Agar hidupmu tenang, berdoalah.
 
8.  Mintalah doa
Daripada orang-orang yang seiman dengan anda tidak kira apa pegangan agama anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan