Gambar Hiasan Sahaja |
Pada
02 Disember 21010, jam lebih kurang 10 pagi saya telah bertolak dari
Kota Marudu ke Kota Kinbalau. Dalam perjalanan antara Puspakom Kota
Marudu dengan Jalan simpang masuk ke SK. Tagaroh, pekerja JKR sedang
menggaris jalan di sebelah kiri tempat pemanduan saya. Pekerja JKR itu
cukup memberikan isyarat dengan meletakkan kon di kiri dan kanan jalan
sebagai tanda berhati-hati dan memperlahankan kenderaan. Saya cukup
mengamalkan pemanduan berhemat. Tak kala saya memperlahankan kenderaan
dan memasang signal untuk masuk jalan sebelah kanan, pemandu kenderaan
di hadapan (MYvi) bukan sahaja tidak melihat tanda isyarat yang
diletakkan, bahkan menambahkan kelajuan sekurang-kurangnya agakan saya
110 kilometer sejam. Saya terpaksa masuk semula ke lorong saya. Para
pekerja JKR juga menggeleng kepala sebagai tanda protes kepada pemandu
kenderaan tadi.
Saya
tersentak beberapa ketika, saya bunyikan hon yang saya fikir cukup
kuat, mujur pekerja yang ada di hadapan itu faham bahawa yang saya marah
itu adalah pemandu tadi. tapi anak-anak saya dan isteri kata biasalah
orang kaya, kata-kata itu membuat saya semakin marah. Saya kata dengan
mereka, "kenapa orang kaya sahaja yang bayar road tax, kita tidak bayar road tax?, atau adakah Tuhan beri HAK hidup untuk orang kaya sahaja" itulah antara kata-kata yang keluar dari mulut saya.
Sahabat,
dalam perkongsian saya dengan anda beberapa waktu yang lalu, ya semua
inspirasi, tapi dalam masa yang sama saya mahu kongsikan bahawa
kemarahan perlu ditempatkan di tempat yang betul. Kemarahan kita Tuhan
izinkan apabila perbuatan orang lain dengan sengaja boleh mengundang
bahaya kepada orang lain. Sahabat, kiranya perkongsian emosi ini anda
dapat telusuri dan hayati dan akhirnya anda sendiri akan membuat
rumusan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan