Kebiasaan Diulang Melahirkan Kemahiran |
Di
Tiongkok pada zaman dahulu kala, hidup seorang panglima perang yang
terkenal karena memiliki keahlian memanah yang tiada tandingannya. Suatu
hari, panglima ingin memperlihatkan kepandaiannya memanah kepada
rakyat. Lalu diperintahkan kepada askar bawahannya agar menyiapkan papan
sasaran serta 100 buah anak panah. Setelah semuanya siap, Panglima
memasuki lapangan dengan penuh percaya diri, lengkap dengan alat memanah
di tangannya. Panglima mulai menarik busur dan melepas satu persatu
anak panah itu ke arah sasaran. Rakyat bersorak sorai menyaksikan
kehebatan anak panah yang melesat! Sungguh luar biasa! Seratus kali anak
panah dilepas, 100 anak panah tepat mengenai sasaran. Kelihatan
wajahnya berseri-seri penuh kebanggaan, panglima berucap, "Rakyatku, lihatlah panglimamu! ketika ini, kemahiran ku memanah tidak ada tandingannya. Bagaimana pendapat kalian?"
Di antara kata-kata pujian yang diucapkan oleh ramai orang, tiba-tiba seorang tua penjual minyak menyampuk, "Panglima memang hebat! Tetapi, itu hanya kemahiran yang diperolehi dari kebiasaan yang terlatih."
Tersentak panglima dan seluruh yang hadir memandang dengan tercengang
dan bertanya-tanya, apa maksud perkataan orang tua penjual minyak itu.
Tukang minyak menjawab, "Tunggu sebentar!" Sambil beranjak dari
tempatnya, dia mengambil sebuah wang syiling Tiongkok kuno yang
berlubang di tengahnya. Syiling itu diletakkan di atas mulut botol guci
minyak yang kosong. Dengan penuh keyakinan, si penjual minyak mengambil
gayung penuh berisi minyak, dan kemudian menuangkan dari atas melalui
lubang kecil di tengah lubang syiling tadi sampai botol guci terisi
penuh. Hebatnya, tidak ada setitis minyak pun yang mengenai permukaan
syiling tersebut! Panglima dan rakyat tercengang. Mereka bersorak sorai
menyaksikan demonstrasi kemahiran si penjual minyak. Dengan penuh
kerendahan hati, tukang minyak memberi hormat di hadapan panglima
sambil mengucapkan kalimat bijaknya, "Itu hanya kemahiran yang
diperolehi dari kebiasaan yang terlatih! Kebiasaan yang diulang terus
menerus akan melahirkan keahlian"
Dari
cerita tadi, kita boleh mengambil satu hikmat iaitu: betapa luar
biasanya kekuatan kebiasaan. Habit is power! Hasil dari kebiasaan yang
terlatih dapat membuat sesuatu yang sulit menjadi mudah dan apa yang
tidak mungkin menjadi mungkin. Demikian pula, untuk memperoleh kejayaan
dalam kehidupan, kita memerlukan karakter berjaya. Karakter berjaya
hanya boleh dibentuk melalui kebiasaan-kebiasaan seperti berfikir
positif, optimis, disiplin, integriti, tanggungjawab, & sebagainya.
Mari kita siap melatih, memelihara, dan mengembangkan kebiasaan berfikir
untuk berjaya dan bermental berjaya secara berkesinambungan. Sehingga,
karakter berjaya yang telah terbentuk akan membawa kita pada puncak
kejayaan di setiap perjuangan kehidupan kita.
Sekali lagi: Kebiasaan yang diulang terus menerus, akan melahirkan kemahiran tinggi dalam suatu bidang yang kita ceburi!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan