Pendidkan Awal : SK. Sarang, Kota Belud
Sekolah Menengah : SMK
Taun Gusi, Kota Belud (Tingkatan 1-3 1985 -1987)
Sekolah Menengah :
SMK Tenghilan, Tamparuli (Tingkatan 4 - 5 1988 - 1989)
Maktab : Maktab Perguruan Kent, Tuaran Sabah - 1991
- 1993
Posting Pertama : SK. Dandun Pitas pada 01.12.1993 - 01.07.2002
Guru Besar
: En. Jamal Seginggut (Asal Kampung Timbua
Ranau)
:En. Dusi Gunting (Memangku Guru Besar)
Asal Kampung Kelawat,K.B
:En. Sairun Utoh (memangku Guru Besar)
Asal Kampung Telaga, Pitas
:En. Harun Bin Durabi - Asal Kampung Rosob
Pitas
Berpindah Sekolah :
Ke SK. Timbang Batu, Kota Marudu 01.07.2002 - 01.02.2010
Guru
Besar : En. Jubili Intang - Berasal dari Ranau
Berpindah Sekolah :
Ke SK. Tagaroh, Kota Marudu pada 01.02.2010 sehingga kini.
Perpindahan atas keperluan perkhidmatan
Guru Besar : En. Loindin Kunggu - Asal Kota Marudu
Pen. Kanan 1 : En.
Bissil Jamudah – Asal Kota Marudu
Pen. Kanan HEM : En.
Fowzi Boman – Asal Kota Marudu
Pen. Kanan Kokum : Pn.
Martina – Asal Sandakan
Maktab 1991-1993 - Sedang Menerima Sijil Daripada YB. En. Sapawi |
Opsyen
di Maktab Kent, Tuaran ialah PSR PRA/PM. Angkatan kami juga merupakan
sejarah bagi pendidikan di mana pertama kali kementeriaan Pendidikan
pada ketika itu mengambil opsyen Prasekolah. Boleh dikatakan angkatan
kami adalah perintis bagi pengambilan seterusnya.Maktab-Maktab lain juga
terlibat dengan pengambilan opsyen ini sekurang-kurangnya 2 kelas.
Konvokesyen Tahun 2006 Di UPM - Opsyen Bimbingan Dan Kaunseling |
Setiap
orang mempunyai sejarah tersendiri. Saya dengan penuh rasa kesedaran
bahawa apabila saya memaparkan kisah ini bukan kerana minta dipuji
kerana anda tahu hati saya seperti mana beberapa motivasi yang saya
telah kongsi dengan anda. Apa yang boleh saya katakan bahawa ini cuma
pernyataan diri untuk saya renungkan dan belajar daripada apa yang
seharusnya saya belajar. Saya telah memulakan perjalanan ke universiti
dengan pelbagai cabaran. Cabaran utama pada ketika itu bukan soal
komitmen tetapi WANG. Orang kata wang bukan segala-galanya tetapi wang
juga penting untuk kita mengurus kehidupan. Justeru pada tahun 2001 saya
telah mendaftar sebagai pelajar PJJ di Universiti Putra Malaysia di
mana UPM telah memudahkan dengan membuka pendaftaran masuk di Hotel (tak
ingat tapi bersambung dengan Wawasan Plaza Kota Kinabalu). Saya telah
melangkah kaki tanpa melihat berapa wang yang ada dalam poket kerana
perkara utama ketika itu adalah komitmen.
Memang
apa yang dijangkakan betul, segala-galanya berurusan berkaitan duit
ketika itu. Syukur juga masih ada peluang menangguhkan pembayaran tetapi
masih bertempoh. Apa yang saya ingin kongsikan dengan anda ialah kata
peribahasa di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Kalau kita tidak
mahu, nampak semua jalan tertutup, tetapi selagi kita mahu jalan
senentiasa terbuka. Tekad dan niat setinggi gunung, saya telah memohon
balas kasihan daripada Yayasan Sabah dalam bentuk pinjaman dan syukur
semua berjalan dengan lancar. Kepada anda semua, saya pasti anda juga
mempunyai perjalanan dan cabaran hidup, mugkin tidak sama tapi konsep
cabaran masih sama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan