23 Jun, 2012

ORKESTRA KEHIDUPAN

Orkestra Kehidupan
Dikisahkan, ada seorang bapa tua sedang mengunjungi anaknya di bandar. Suatu hari, ketika masa terluang, dia berjalan-jalan di sekitar perumahan. Tiba-tiba terdengar bunyi suara yang menyakitkan telinga tuanya. Mengikuti arah suara yang mengganggu itu ke sumbernya, jelas kelihatan seorang anak kecil sedang belajar bermain biola.

"Ngiiik!! Ngook!! Ngiik!! Ngokk!" Untuk pertama kalinya si bapa tahu tentang alat muzik bernama biola dimainkan. Bapa itu berfikir dan berkata pada diri sendiri, "Aku tidak ingin lagi mendengar suara yang mengerikan seperti itu!"

Hari lainnya, bapa tua itu kembali mendengar suara yang mendayu-dayu membelai telinga tuanya, dengan perasaan ingin tahu, diikuti sumber suara merdu yang belum pernah didengarnya selama ini. Sesampainya di sana, bapa tua itu pun terkejut melihat seorang wanita tua, sang maestro sedang memainkan sonata dengan biolanya. Secara diam-diam dia di sana, ikut menikmati alunan muzik yang indah.
 
Seketika itu, bapa tua menyedari kesalahannya. Suara yang tidak mengenakkan telinga yang didengarnya dulu bukanlah merupakan kesalahan dari alat muziknya dan bukan pula salah si anak yang memainkannya. Suara mengerikan itu hanyalah proses belajar dan berlatih seorang anak untuk supaya nanti boleh memainkan alat muzik biolanya dengan baik. 

Suatu hari yang lain lagi, kembali si bapa tua mendengar gaung suara merdu lain yang bahkan melebihi keindahan dan kejernihan suara biola sang maestro. Dia pun segera mencari sumber suara itu. Setiba di sana, matanya terpana kagum. Ternyata itu adalah suara orkestra besar yang dimainkan sebuah simfoni indah.

Begitu ramai orang secara bersama-sama, dengan masing-masing orang memainkan alat-alat muzik yang berbeza menghasilkan sebuah harmoni yang luar biasa. Sangat baik dipandang, nikmat didengar dan terasa sekali semangat kerjasama para pemain untuk menghasilkan sebuah maha karya seni. Tepuk tangan terdengar sebaik sahaja selesai lagu yang telah mereka mainkan bersama.

Sahabat yang budiman,
Begitu pula dalam kehidupan ini kita sering kali terkagum-kagum ketika menikmati atau melihat suatu prestasi besar, tetapi ketika kita melihat awal dari proses perkembangannya mungkin kita tidak menaruh perhatian sama sekali bahawa proses latihan yang konsisten akan melahirkan hasil yang menakjubkan, seperti halnya bapa tua ketika mendengar suara sumbang yang dimainkan oleh anak kecil sebagai pemula belajar biola itu.

Dari sisi lain, kita pun boleh belajar dari cerita tadi bahawa sebuah orkesetra terdiri dari pelbagai individu yang memiliki kemahiran masing-masing dan ketika masing-masing kekuatan itu bersatu dan bersama-sama memainkan sesuai dengan peranannya, pasti akan melahirkan kekuatan sinergi yang akan menghasilkan prestasi dengan kualiti yang mengagumkan!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan