24 Jun, 2012

YAKIN ANDA BOLEH


Tidak Ada Manusia Berjaya Sebelum Melalui Proses Yakin
Ingatlah ketika Anda masih kecil, dan mencuba belajar berjalan.  saya yakin anda mengalami seperti ini:
Pertama Anda harus belajar untuk berdiri: sebuah proses yang melibatkan seluruh tubuh, jatuh lalu kembali berdiri. Anda kadang kala tertawa serta tersenyum, tapi lain waktu anda menangis dan meringis karena sakit. Entah, seperti ada tekad dan keyakinan dalam diri Anda bahawa Anda akan berhasil, apa pun dan bagaimanapun. Anda mempunyai motivasi dalam diri Anda

Setelah banyak berlatih akhirnya Anda mengerti bagaimana keseimbangan diri Anda, sebuah persyaratan untuk proses berikutnya. Anda menikmatinya dan seolah-olah mempunyai kekuatan baru dan motivasi baru. Anda akan berdiri dimana Anda suka di tempat Anda, di sofa, di pangkuan ibu Anda, bapa anda, atau pun seseorang. Itu adalah waktu yang menggembirakan. Anda melakukannya! Anda dapat mengawal diri Anda. Anda tersenyum dan tertawa lucu, puas akan apa yang Anda telah lakukan. 

Sekarang langkah berikutnya berjalan. Anda melihat orang lain melakukannya ini kelihatannya tidak terlalu susah hanya memindahkan kaki Anda ketika Anda berdiri. Salah,ternyata lebih kompleks daripada yang Anda bayangkan. Anda berurusan dengan rasa frustasi. Tapi Anda terus mencuba, mencuba lagi dan mencuba lagi dan lagi sampai Anda tahu bagaimana berjalan. Anda selalu ingin kedua tangan anda dipegang waktu berjalan.

Jika orang melihat Anda berjalan, mereka akan bertepuk tangan, mereka tertawa, mereka akan memberi semangat, “Ya Tuhan, lihatlah apa yang dia lakukan”. “Oh anakku sudah boleh berdiri”. “pandainya anakku, pintarnya anakku” dan lain-lain. Dorongan itu menambah rasa percaya diri Anda. Dorongan itu memotivasi Anda. Oleh itu, Anda pun mencuba berjalan semasa tidak ada yang melihat Anda, ketika itu tidak ada yang bersorak-sorai. Setiap peluang ada, Anda berlatih untuk berjalan.  Anda tidak boleh menunggu seseorang untuk memotivasi Anda untuk mengambil langkah-langkah berikutnya. Anda belajar bagaimana untuk memotivasi diri sendiri.

Jika kita boleh mengingat hal ini tentang diri kita di hari ini. Ingat bahawa kita boleh melakukan apapun yang kita fikirkan. Kita mampu mengatur jika kita mahu dan bersedia melakukan proses, seperti ketika kita belajar berdiri, seperti ketika kita belajar berjalan. Kita tidak perlu menunggu orang lain untuk memotivasi kita, kita perlu memotivasi diri kita sendiri.

Jika Anda sudah lupa bagaimana melakukan hal ini, atau merasa seperti beku, kaku dan gamang, maka Anda memerlukan motivasi, ambillah kembali perjalanan singkat dalam hidup Anda yang telah lewat. Lihatlah prestasi Anda, tidak peduli prestasi besar atau prestasi kecil atau saat-saat di mana Anda bertemu dengan cabaran dan menemukan cara untuk berhasil.

Fokus pada semua hal yang Anda fikir Anda tidak boleh lakukan, kemudian lakukanlah. Lihatlah sekeliling Anda. Mereka tidak pernah menyerah. Mereka yakin serta percaya terhadap Anda, bahawa Anda mampu dan boleh.  Mereka percaya di dalam semua kehidupan Anda! Sekarang Anda harus percaya pada diri Anda! Yakinkan pada hati Anda Bahawa Anda pasti boleh.

Ingat, hari ini adalah hari terbaik dalam hidup Anda, milikilah masa depan yang indah, dengan membuat perubahan hari ini!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan