22 Jun, 2012

PESAN IBU

Ingat Pesan Ibu
Suatu hari, kelihatan seorang pemuda tergesa-gesa memasuki sebuah restoran kerana kelaparan sejak pagi belum sarapan. Setelah memesan makanan, seorang anak penjaja kuih menghampirinya, "Om, beli kuih Om, masih panas dan sedap rasanya!" "Tidak dik, saya mahu makan nasi sahaja," kata pemuda menolak. Sambil tersenyum anak itu pun berlalu dan menunggu di luar restoran.

Melihat pemuda itu telah selesai makan, anak itu menghampiri lagi dan menghulurkan kuihnya. Pemuda sambil berdiri ke kaunter hendak membayar makanan berkata, "Tidak dik, saya sudah kenyang." Anak itu terus mengikuti pemuda itu, dan berkata, "Kuihnya boleh dibawa pulang, Om."

Dompet yang belum sempat dimasukkan ke dalam beg, dibukanya kembali. Dikeluarkannya dua keping wang kertas dan menghulurkan kepada anak penjual kuih. "Saya tidak mahu kuihnya. Wang ini anggap sahaja sedekah dari saya." Anak itu dengan senang hati menerima wang itu, lalu dia bergegas keluar dari restoran, dan memberikan wang pemberian tadi kepada pengemis yang berada di depan restoran.

Pemuda memperhatikan dengan saksama. Dia merasa hairan dan sedikit tersinggung. Ia langsung menegur, "Hai adik kecil, kenapa wangnya kamu berikan kepada orang lain? Kamu berjualan kan untuk mendapatkan wang? Kenapa setelah wang ada di tanganmu, malah kamu berikan kepada pengemis itu?" "Om, saya mohon maaf. Jangan marah. Ibu saya mengajarkan kepada saya untuk mendapatkan wang dari usaha berjualan atas usaha sendiri, bukan dari mengemis. Kuih-kuih ini dibuat oleh ibu saya sendiri dan ibu pasti keciwa, marah, dan sedih, jika saya menerima wang dari Om bukan hasil dari jualan kuih. Tadi Om bilang, wang sedekah, maka wangnya saya berikan kepada pengemis itu."

Pemuda merasa takjub dan menganggukkan kepala tanda mengerti. "Baiklah, berapa banyak kuih yang kamu bawa? Saya borong semua untuk dibawa pulang." Anak itu pun segera mengira dengan gembira. Sambil menyerahkan wang pemuda itu berkata, "Terima kasih dik, atas pelajaran hari ini. Sampaikan salam saya kepada ibumu." Walaupun anak itu tidak mengerti tentang pelajaran apa yang dikatakan si pemuda, dengan gembira diterimanya wang itu sambil berkata "Terima kasih, Om. Ibu saya pasti akan gembira, hasil usahaku pasti dihargai dan itu sangat bererti bagi kehidupan kami." Kata anak itu.

Sahabat,
Ini sebuah ilustrasi tentang sikap perjuangan hidup yang POSITIF dan TERHORMAT. Walaupun mereka miskin harta, tetapi mereka kaya mental! Merespon kemiskinan bukan dengan mengemis dan minta belas kasihan dari orang lain, tetapi dengan bekerja keras, jujur, dan membanting tulang.

Jika setiap manusia mahu melatih dan mengembangkan kekayaan mental di dalam menjalani kehidupan ini, lambat atau cepat kekayaan mental yang telah kita miliki itu akan mengkristal menjadi karakter, dan karakter itulah yang akan menjadi embrio dari kejayaan sejati yang mampu kita ukir dengan gemilang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan