Adakah Anda Percaya Ramalan Nasib? |
Hari ini keadaan hujan sangat lebat di
Bandar itu. Hujan sudah turun sejak tadi pagi. Sahabat-sahabat yang
terlibat berada di jalan raya dan kebetulan tidak membawa baju hujan
atau payung mungkin merasa menyesal kenapa semalam tidak menonton
ramalan cuaca di televisyen. Kalau menyaksikan program itu, tentu hari
ini tidak kehujanan dan kebanjiran di jalan sehingga boleh sampai ke
pejabat atau ke tempat tujuan lain tepat waktu.
Televisyen
sudah lama membantu kita memberikan ramalan cuaca yang bermanfaat.
Namun sekarang tidak hanya ramalan cuaca yang dipaparkan di layar kaca
televisyen, tetapi setiap hari juga muncul iklan-iklan ramalan nasib
interatif. Tidak lagi sembunyi-sembunyi, dengan hanya mengirimkan data
kita lewat nombor telefon premium kita akan mendapatkan ramalan nasib
yang mereka berikan. Bahkan dengan memasukkan tangan dalam kotak ajaib
dengan bayaran 4 atau 5 ringgit, kita sudah tahu ramalan nasib kita.
Apakah kita harus percaya pada ramalan-ramalan seperti itu?
Sahabat berbahagia,
Peramal
Nasib bukan hendak mengajak sahabat-sahabat untuk mempertaruhkan masa
depan kita pada para peramal tetapi justeru saya ingin mengajak
sahabat-sahabat untuk berfikir positif.
Kerap
kali kita sengaja atau tidak sengaja mendapat ramalan nasib dari
seorang peramal baik kerana sahabat kita yang meminta meramalkan nasib
kita atau pihak lain. Sering kali ramalan itu menakutkan; misalnya, kita
tidak akan pernah kaya, kita tidak akan pernah berjaya, atau kita akan
menderita selamanya.
Jika itu menimpa kita, sebaiknya mari berfikir positif.
Hidup kita ada di tangan kita sendiri (bukan ramalan orang lain).
Selama kita mahu melihat diri sendiri dengan mengatur diri dan berjuang
keras, ramalan buruk pun boleh kita ubah menjadi baik!
Untuk berjaya dalam kehidupan ini, kita perlu kemandirian, keyakinan, dan kepercayaan diri.
Masa kejayaan dan keberhasilan berpihak pada kita, kita harus selalu
waspada dan tetap berusaha keras. Sebaliknya saat mengalami halangan dan
kesulitan,kita harus memiliki ketegaran untuk mengatasi semua itu.
Kemajuan
memerlukan kesihatan mental dengan keyakinan kita kepada Tuhan, dengan
kesihatan mental, keberanian, melalui perjuangan, dan kepercayaan diri,
kita buktikan, istilah nasib baik tidak ada dalam kamus
kehidupan kita, nasib kita bukan di tangan orang lain, tetapi nasib kita
bergantung kepada usaha dan perjuangan kita sendiri dengan kehadiran
Tuhan di dalam setiap usaha kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan