22 Jun, 2012

KECATATAN FIZIKAL BUKAN PENGHALANG KEJAYAAN

Kecacatan Fizikal
Namanya adalah Roger Crawford dan bekerja sebagai konsultan dan penceramah motivator bagi banyak perusahaan fortune 500 di Amerika. Ketika masih di universiti, ia adalah pemain tennis untuk Marymount Layola University dan menjadi pemain tennis professional. Apakah hal itu tidak membuat Anda berfikir? Tunggu dulu, jika saya katakan bahawa dia tidak mempunyai tangan dan hanya mempunyai satu kaki, bagaimana?

Roger dilahirkan dengan keadaan yang disebut ectrodactylism. Ketika masih dalam kandungan, doktor hanya melihat seperti ada ibu jari keluar dari lengan kanannya dan jari-jari tumbuh di lengan kirinya, namun ia tidak memiliki telapak tangan. Kaki kirinya terus menyusut hanya memiliki tiga jari, kaki ini dipotong ketika ia berumur lima tahun. Orangtuanya diberitahu bahawa Roger tidak akan memiliki kehidupan yang normal

Namun orangtua Roger tidak menyerah, mereka membentuk Roger menjadi manusia normal dan mengajarnya hidup berdikari. Ketika Roger telah siap, ia disekolahkan di sekolah umum. Mereka mengajarnya berfikir positif, dan jadilah Roger menjadi peribadi yang positif. Roger tidak membiarkan kekurangannya menghalangnya untuk berhasil dan menikmati kehidupan yang telah Tuhan berikan. Ia menjalani hidupnya dengan maksimum, kerana ia mempercayai bahawa Tuhan memberikan kelebihan unik dalam dirinya disebalik semua kekurangan yang ada dalam dirinya.

Hari ini apa yang menjadi penghalang bagi Anda untuk maju? Kerana setiap orang, Tuhan telah berikan sebuah berkat yang unik dimana Anda boleh nikmati secara maksimum dalam hidup ini. Kekurangan Anda bukanlah kelemahan, itu adalah berkat tersembunyi dari Tuhan yang jarang sekali manusia menganalisis kekuatan dirinya melainkan harus senentiasa berfikir positif seperti Roger Crawford.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan