22 Jun, 2012

LANGKAH SUKSES


Kunci Sukses
"What do YOU want?"
Selamat, Anda telah sampai di satu halaman penting blog ini. Perjalanan Anda menuju kejayaan total dalam hidup sebentar lagi akan segera dimulai dengan langkah pertama sukses yang akan Anda ambil sesudah ini.

Sebelum mengambil langkah sukses pertama, sebaiknya Anda memastikan bahawa Anda memiliki bekal memadai untuk perjalanan yang menyenangkan namun mungkin akan penuh dengan cabaran ini. Pembahasan halaman ini adalah mengenai bekal yang harus Anda bawa dalam perjalanan menikmati kesuksesan. Sebuah "Jurus Teguh" yang akan menjamin "keamanan" perjalanan Anda. Bekal yang harus Anda miliki sebelum mengambil langkah pertama sukses Anda.

Jurus yang perlu Anda kuasai sebelum mulai melangkah ini adalah: jawab pertanyaan di atas. Pertanyaan apa? Ya, sebelum Anda melangkah lebih jauh, Anda harus menjawab pertanyaan tersebut dengan baik dan benar.

"Apa yang ANDA inginkan?"
Tahukah Anda apa yang Anda inginkan?
Kalau Anda menjawab dengan pasti, yakin, "Ya, ialah,". Selamat, sebentar lagi Anda boleh mulai membuka pintu halaman dan mengambil langkah sukses pertama Anda.
Tapi kalau Anda masih mengatakan “tidak” dengan apa yang dikatakan, terus membaca dan jangan malu mengakui kalau sebenarnya belum mengerti kerana urusan Anda hanya dengan diri Anda sendiri.

Maksudnya begini,
Ketika Anda hendak pergi, sebelum Anda mengambil langkah pertama meninggalkan rumah, Anda harus tahu dengan pasti dahulu Anda mahu pergi ke mana? Tanpa perlu dijelaskan, ini penting agar ketika Anda sudah sampai di suatu tempat, Anda tahu ini tempat yang Anda tuju atau bukan. Ini sama dengan perjalanan Anda menuju sukses.
Anda harus tahu dengan pasti apa yang Anda inginkan dalam kehidupan dunia ini, apa bentuk impian sukses yang tengah Anda perjuangkan, supaya Anda tahu  apakah alat  ukur untuk menentukan apakah Anda sudah mencapainya atau belum.

Seringkali orang menjalani hidupnya bagaikan menempuh perjalanan yang sebenarnya bukan atas dasar keinginannya, misalnya ketika pergi beramai-ramai bersama rakan. Oleh kerana tidak tahu memutuskan sendiri mahu pergi ke mana, orang ini ikut saja ke mana perginya rakan serombongan tadi. Sehingga, meskipun sudah sampai ke tempat yang dituju, dia masih bertanya, kita sudah sampai atau belum, ya? Dia tidak merasakan kegembiraan sampai di tempat tujuan tersebut kerana tempat tujuan itu bukan menjadi keinginannya sendiri.

Ini sering sekali terjadi pada kita, di mana kita menjalani hidup sebagaimana standard umum yang ditetapkan masyarakat sekitar kita. Kita memilih kerjaya sebagaimana yang biasa dipilih orang lain. Kita mengambil keputusan seperti yang biasa diambil orang lain. Kita menginginkan suatu hal atau barang, kerana kebanyakan orang juga menginginkan itu. Kita menentukan defenisi, standard dan ukuran kebahagiaan hidup sebagaimana kita lihat pada hidup orang-orang lain. Kalau semua orang kaya mempunyai kenderaan, kita merasa hidup kita belum lengkap kalau belum memilikinya. Kalau semua orang sukses, terkenal dan masuk TV, kita merasa belum sukses kalau belum mengalaminya. Ringkasnya, adalah hidup menggunakan standard orang lain.

Tidak ada masalah menggunakan standard orang lain, bila memang itu juga yang ANDA inginkan. Seperti tidak masalah pergi bersama rombongan bila memang ANDA menginginkan pergi ke tempat tujuan yang sama. Apa yang menjadi masalah adalah bila Anda sekadar terikut-ikut. Mengikuti apa sahaja yang sedang popular di sekitar Anda. Sebgaai akibatnya, Anda tidak boleh merasakan kepuasan hidup yang sesungguhnya kerana hidup yang Anda jalani bukanlah yang menjadi tujuan hidup Anda sendiri, yang bukan hidup yang benar-benar ANDA inginkan/impikan.

Oleh itu, sebelum memulai melangkah, kuasai jurus ini. KETAHUI DENGAN PASTI APA YANG ANDA INGINKAN. Perhatikan bahawa sejak pertama kali anda ditanya, saya menebalkan dan menekankan tulisan YOU atau ANDAnya sebab, memang inilah kuncinya. Kunci sukses yang ANDA cari itu adalah diri ANDA sendiri.
Jadi pertanyaannya bukanlah, "APA kunci sukses itu?" Tetapi, "SIAPAkah kunci sukses itu?" Dan jawabanya adalah ANDA. Ya, ANDA sendiri.

Ini hidup Anda. It's your life. Sila tentukan sendiri keinginan Anda. Sila pilih sendiri seperti apa bentuk kehidupan yang Anda impikan itu. Cerita hidup apa yang ingin Anda tuliskan? Pengalaman hidup apa yang ingin Anda nikmati? Siapa yang ingin Anda temui? Ke mana Anda mahu pergi? Ketika habis waktu kita di dunia nanti, kita tidak akan ditanya tentang apa yang telah dicapai tetangga kita dan apakah kita sudah berhasil menyamainya. Jelas, kita tidak akan dipuji kerana berhasil mengungguli rakan satu pejabat dengan membeli kenderaan termahal di antara mereka. Tidak penting apa yang orang lain berhasil capai dalam hidup mereka. Kita mempunyai cerita hidup yang berbeza. Mereka menempuh jalan yang berbeza pula dari Anda. Kita harus mencipta cerita kita sendiri, hidup dengan tujuan hidup dan mimpi-mimpi kita sendiri.

Jadi berhentilah melihat keluar jendela dan ke dalam rumah tetangga. Berhentilah menetapkan standard dari pencapaian orang lain. "Wah mereka mempunyai kulkas 5 pintu yang baru. Kita juga harus beli?" "Wah, kenderaan si A sekarang Toyota Alphard. Kita juga harus tukar tambah kenderaan kita dengan itu?" "Anak si B diterima di Fakulti Kedoktoran UI, anak kita juga harus berhasil masuk situ. Prospeknya baik." "

Anda mengerti maksud saya?
Perhatian: Pesan Penting untuk Semua Orang Tua:
Ini bermakna juga Anda sebaiknya tidak memaksakan mimpi-mimpi Anda pada putera-puteri Anda bila menginginkan mereka menikmati hidup yang sukses total.
Biarkan mereka memiliki impian (sukses) mereka sendiri. Berhenti melakukan ini pada diri Anda sendiri. Anda kejam terhadap diri sendiri bila setiap kali Anda melihat sesuatu yang dilakukan orang lain, Anda paksa diri juga untuk melakukannya.
Sebaliknya, mulailah bercermin dan tanyakan pada orang yang Anda lihat bayangannya di cermin tersebut (The man in the mirror , kata MJ), "Sebenarnya apa yang kau inginkan? Sukses seperti apa yang ingin kamu capai dalam hidupmu ini."
Hanya setelah tahu apa yang kita mahu inilah, kita baru boleh memulai perjalanan, mengambil langkah sukses pertama kita, kerana sekarang kita sudah mempunyai tujuan.

SATU KESALAHAN BESAR
Mengetahui keinginan atau impian sukses kita sepertinya bukan masalah besar atau benarkah? Ada satu kesalahan besar yang dilakukan hampir 80% manusia sehingga keinginan mereka terhalang kewujudannya.
Apakah itu? Teruskan membaca di halaman selanjutnya tentang satu kesalahan besar manusia dalam menentukan keinginan atau impian mereka agar Anda terhindar dari kesalahan yang sama.

Tanpa tahu apa yang Anda mahu, Anda akan hidup dengan menjalani mimpi-mimpi orang lain.
~   Sri Astuti   ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan