Mengapa Harus Menunggu |
Dikisahkan,
ada seorang anak berusia 9 tahun. Ketika dia sedang membantu ayahnya
mengangkut batu bara demi mengumpulkan dana untuk kegiatan amal,
terjadilah kecelakaan yang telah mengubah seluruh kehidupannya. Dia
terjatuh, dan kakinya digilis oleh kereta api barang sehingga sepasang
kaki harus dipotong. Berbulan-bulan, berhari-harinya diwarnai dengan
penderitaan panjang, dia harus berjuang dari satu meja operasi ke meja
operasi lain dan menghabiskan berjam-jam yang sangat menyakitkan.
Namun dia tidak pernah patah semangat dan dengan tegar menjalaninya sehingga doktor mengizinkannya keluar dari rumah sakit dengan berkerusi roda.Tanpa membuang waktu dia ingin menguji fizikalnya dengan belajar berenang. Pertama kali masuk ke dalam air, dia terus tenggelam sampai ke dasar kolam renang. Pelatihnya menggunakan jala untuk mengangkatnya naik ke permukaan. Pelajaran mengapung dan seterusnya dilakukan setiap hari. 5 bulan kemudian dia mampu berenang sebanyak 52 kali panjang kolam renang tanpa berhenti! Sungguh luar biasa!

Sejak
hari itu, tidak ada lagi yang boleh menghalangi keinginannya untuk
melakukan kegiatan fizikal seperti orang-orang yang bertubuh normal. Dia
belajar memandu kenderaan, ikut balapan dan berhasil menjadi atlet
orang kurang upaya yang handal, disegani dan terkenal. Ketekunannya
berlatih fizikal di kolam renang dan tempat tinggalnya yang tidak jauh
dari pantai, menginspirasinya belajar menjadi surf lifeguard,
iaitu penjaga pantai yang melindungi dan menyelamatkan para peluncur
layar. Dia satu-satunya manusia di dunia, tanpa kaki yang melakukan
kerja seperti itu.
Dia
juga belajar Taewondo hingga memperoleh 3 Dan. Olahraga lempar cekera,
lontar peluru dan lontar lembing berhasil mengalungkan 35 medal dalam
kehidupannya. Pencapaian prestasinya melandasi kepercayaan diri dengan
membina hubungan dengan seorang wanita yang dicintai. Akhirnya dia
berkahwin dan memperoleh 3 orang anak. Bersama isterinya, mereka tolong
menolong menjadi pengusaha berjaya. Berkat prestasi dan keinginannya
membantu orang lain agar tidak menyerah, akhirnya menghantarkannya
menjadi penceramah motivasi kelas dunia. Pemuda hebat itu bernama TONY
CHRISTIANSEN.
Ketika
ditanya apa rahsia kejayaannya? Dia menjawab: Mengapa harus menunggu?
Jangan menghabiskan waktu dengan duduk dan menunggu terlanggar kereta
api sebelum melakukan sesuatu dan mencetak berprestasi. Kecelakaan yang
saya alami telah mengasah karakter serta hidup saya dalam beragam cara!
Membantu saya dalam menyampaikan pesan kepada semua orang yang mahu
mendengar, mahu belajar serta mahu mengubah hidup lebih baik! Jadi,
mengapa harus menunggu? Segera lakukan! - TAKE ACTION!!"
Sahabat,
Hidup adalah tindakan! Live is action!
Sebuah cita-cita yang indah, jika hanya menunggu tanpa bertindak nyata,
maka tinggal hanya mayat cita-cita, sebuah perancangan yang matang
tanpa action! Cuma mensia-siakan coretan kosong.
Cerita manusia luar biasa Tony Christiansen tadi cukup jelas pelajaran yang boleh kita ambil. Bagaimanapun keadaan fizikal kita, atau betapa pun buruknya keadaan di luar kita, semuanya boleh di ubah, nothing is impossible, tiada yang mustahil!

Manusia
yang paling penting adalah jangan krisis mental. Kekayaan mental
seseorang akan berani memulai dari apa adanya dia, dan semua
perjuangannya diarahkan pada titik target besar yang bernilai. Cara
hidup kaya mental seperti itu, kita pasti akan selalu menyambut
hari-hari baru penuh dengan syukur, optimis, gembira dan menciptakan
kejayaan yang luar biasa!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan