Robert
Ingersoll, seorang kafir terkenal di abad yang lalu, dilahirkan dalam
keluarga pendeta. Setelah mendengar ayahnya berkhotbah tentang api
neraka, Ingersoll berkata, “Kalau Tuhan seperti itu, kalau Tuhan mahu
membakar jutaan dan trilion lelaki, wanita, anak-anak dan bayi, maka
saya tidak percaya Dia itu ada. Saya percaya bahawa Dia hanyalah
khayalan manusia belaka.”
Ingersoll
menyimpulkan bahawa Tuhan yang akan menyeksa manusia selama jutaan
tahun bukanlah Tuhan yang mengasihi. Lebih jauh lagi, ia menyimpulkan
bahawa Tuhan seperti itu sesungguhnya tidak boleh ada dan Ingersoll
benar. Tuhan yang pembalas dendam yang suka menimbulkan penderitaan
semacam itu memang tidak ada.
Fikiran
saya tidak akan pernah menyembah Tuhan yang akan menyeksa manusia di
neraka selama berjuta-juta tahun. Bolehkah anda membayangkan syurga di
mana umat tebusan melihat orang-orang yang menderita di neraka? Seorang
penulis keagamaan popular menyatakan, jika api neraka dipadamkan dan
orang jahat berhenti menderita, maka salah satu sukacita utama orang
tebusan akan berakhir, dengan kata lain, ia menegaskan bahawa salah satu
sukacita di syurga adalah menyaksikan orang jahat menderita. Sungguh
gambaran tentang Tuhan yang menyimpang.
Gambaran
Alkitab tentang Tuhan sama sekali berbeza. Kasih Tuhan tidak akan
membiarkan Dia menyeksa pendosa selama-lamanya. KeadilanNya tidak akan
membiarkan Dia mengabaikan dosa mereka. Dosa adalah bahan yang mudah
terbakar di hadapan Tuhan yang kudus. Tuhan membiarkan orang-orang
berdosa menerima akibat pilihan mereka sendiri. Tak terlindung oleh
perlindungan kasihNya, mereka dihancurkan di dalam api kesucianNya.
Penderitaan neraka yang paling dalam adalah seksaan mental, mengetahui
bahawa mereka dibuang dari hadapan Tuhan selamanya. Tuhan menawarkan
kehidupan. Mereka telah memilih kematian. Kata-kata nabi kuno menggema
sepanjang abad, “Aku memanggil langit dan bumi menjadi saksi terhadap
kamu pada hari ini: kepadamu kuperhadapkan kehidupan dan kematian,
berkat dan kutuk. Pilihan kehidupan, supaya engkau hidup, baik engkau
mahupun keturunanmu”. Keselamatan adalah pilihan. Kematian kekal adalah
pilihan juga. Akhirnya kita semua akan mendapatkan apa yang kita pilih
untuk selamanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan