1. Kebiasaan mengucap syukur
Ini
adalah kebiasaan istimewa yang boleh mengubah hidup selalu menjadi
lebih baik. Kristian / Islam mendorong kita bersyukur tidak saja untuk hal-hal
yg baik, tapi juga dalam kesusahan & hari-hari yang buruk. Ada
rahsia besar di balik ucapam syukur yang sudah terbukti sepanjang
sejarah. Hellen Keller yg buta & tuli sejak usia dua tahun, telah
menjadi orang yg terkenal & dikagumi di seluruh dunia. Salah satu
ucapannya yg banyak memotivasi orang adalah, "Aku bersyukur atas
cacat-cacat ini aku menemukan diriku, pekerjaanku dan Tuhanku." Memang
sulit untuk bersyukur, namun kita boleh belajar secara bertahap.
Mulailah mensyukuri berkat, kesihatan, keluarga, sahabat, dan
sebagainya. Lama kelamaan Anda bahkan boleh bersyukur atas kesusahan
& situasi yg buruk.
2. Kebiasaan berfikir positif
Hidup
kita dibentuk oleh apa yang selalu kita fikirkan. Kalau selalu
berfikiran positif, kita cenderung menjadi peribadi yang positif.
Ciri-ciri dari fikiran yang positif selalu mengarah kepada kebenaran,
kebaikan, kasih sayang, harapan dan suka cita. Sering-seringlah memantau
apa yang sedang Anda fikirkan. Kalau Anda terbenam dalam fikiran
negatif, kendalikanlah segera ke arah yg positif. Jadikanlah berfikir
positif sebagai kebiasaan dan lihatlah betapa banyak hal-hal positif
yang akan Anda alami.
3. Kebiasaan berempati
Kemampuan
berhubungan dengan orang lain merupakan kelebihan yang dimiliki oleh
ramai orang sukses. Salah satu unsur penting dalam berhubungan dengan
orang lain adalah empati, kemampuan atau kepekaan untuk memandang dari
sudut pandang orang lain. Orang yang empati bahkan boleh merasakan
perasaan orang lain, mengerti keinginannya & menangkap motif di
balik sikap orang lain. Ini berlawanan sekali dengan sikap ego, yang
justeru menuntut diperhatikan dan dimengerti orang lain. Meskipun tidak
semua orang mudah berempati, namun kita boleh belajar dengan membiasakan
diri melakukan tindakan-tindakan yg empati. Misalnya, jadilah pendengar
yg baik, belajarlah melakukan yang Anda ingin orang lain lakukan kepada
Anda, dan sebagainya.
4. Kebiasaan mendahulukan yang penting
Fikirkanlah apa saja yang paling penting dan
dahulukanlah. Jangan biarkan hidup Anda terjebak dalam hal-hal yang
tidak penting sementara hal-hal yang penting terabai. Mulailah
memilih-milih mana yang penting dan mana yg tidak penting, kebiasaan
mendahulukan yang penting akan membuat Anda efektif dan produktif juga
meningkatkan citra diri Anda secara signifikan.
5. Kebiasaan bertindak
Bila
Anda sudah mempunya pengetahuan, sudah mempunyai tujuan yg hendak
dicapai dan sudah mempunyai kesedaran mengenai apa yg harus dilakukan,
maka langkah selanjutnya adalah bertindak. Biasakan untuk menghargai
waktu, lawanlah rasa malas dengan bersikap aktif. Ramai orang yang gagal
dalam hidup kerana hanya mempunyai tujuan tapi tidak mahu melangkah.
6. Kebiasaan menabur benih
Prinsip
tabur benih ini berlaku dalam kehidupan pada waktunya Anda akan menuai
yang Anda tabur. Bayangkanlah, betapa kayanya hidup Anda bila Anda
selalu menabur benih 'kebaikan', tapi sebaliknya, betapa miskinnya Anda
bila rajin menabur keburukan.
7. Kebiasaan hidup jujur
Tanpa
kejujuran, kita tidak boleh menjadi peribadi yang baik, bahkan boleh
merosak harga diri dan masa depan Anda sendiri. Mulailah membiasakan
diri bersikap jujur, tidak saja kepada diri sendiri tapi juga terhadap
orang lain. Mulailah mengatakan kebenaran, meskipun mengandungi risiko.
Bila Anda berbohong, kendalikanlah sedikit demi sedikit untuk hidup
jujur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan