Wasiat |
Pada
suatu kala, hiduplah seorang nenek tua renta bersama seorang cucunya
yang baru mencapai remaja. Kedua orang tua dari cucunya telah meninggal
terlebih dahulu. Mereka berdua tinggal di sebuah pondok yang hampir
roboh. Mereka terpaksa tinggal di sana kerana tidak memiliki wang.
Mereka sangat miskin, tidak seperti tetangga-tetangga yang hidup
berkecukupan.
Sang
nenek pun sudah tua dan selalu sakit. Cucunya dengan penuh kasih
sayang merawatnya. Meskipun ia bekerja keras membanting tulang, ia hanya
boleh mendapatkan sedikit wang yang tentunya tidak cukup untuk
keperluan sehari-hari. Pekerjaan apapun dilakukannya asalkan boleh menghasilkan wang. Hidupnya seperti tidak memiliki masa depan, gali lubang tutup lubang.
Setelah
beberapa waktu lamanya, sang nenek merasa waktunya hampir tiba
meninggalkan dunia ini. Sang nenek begitu sedih kerana tidak punya
apapun untuk cucunya kelak ketika dirinya sudah tiada. Akhirnya
timbullah idea cemerlang, dengan sedikit wang yang dikumpulkan dengan
susah payah, dan dengan tubuh yang selalu sakit, ia berjalan sendiri ke
sebuah kedai tanpa pengetahuan cucunya yang sedang bekerja.
Apa
yang ingin dibeli sang nenek? Ternyata ia membeli sebuah boneka
shaolin yang biasa dipakai untuk berlatih kungfu. Boneka tersebut ia
taruh di pondoknya dan ditutup sedemikian rupa agar cucunya tidak
melihatnya. Akhirnya tibalah waktu ketika sakit sang nenek sudah
tidak boleh diselamatkan lagi. Ia menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Cucunya sangat berduka dan bersedih kerana neneknya adalah orang yang
paling dekat dengan dirinya. Ia tidak memiliki teman seperti selayaknya
orang lain. Ia tidak akan boleh lagi bercerita dan berkongsi dengan orang terdekatnya. Ia tidak punya siapa-siapa lagi, ia hidup sebatang kara.
Setelah
beberapa hari berlalu, pemuda tersebut semakin sedih kerana kesepian
dan hidup sendirian. Ia terombang-ambing dalam hidup yang tidak pasti.
Ketika rasa putus asa itu begitu besar, ia rasa mahu berniat untuk
mengakhiri hidupnya sendiri. Sebelum ia sempat melaksanakan niatnya, ia
teringat dengan wasiat yang diberikan nenek kepada dirinya sebelum
neneknya meninggal dunia.
Pemuda itu dengan cepat, ia membuka surat wasiat tersebut. Beginilah isi surat wasiat yang ditulis oleh sang nenek ...
"Cucuku
tersayang, pada saat kamu baca surat ini, bererti nenek sudah tidak
ada lagi di dunia ini. Nenek juga sebenarnya berat meninggalkanmu dalam
keadaan susah seperti ini, tapi ini sudah takdir. Nenek tidak punya
harta yang boleh diwariskan padamu. Nenek minta maaf kerana tidak boleh
memberikan yang terbaik sampai detik terakhir. Kamu jangan bersedih.
Nenek tahu hidup kamu susah. Kita juga tidak sebaik seperti nasib orang
lain yang boleh hidup senang. Tapi, kamu jangan sampai putus asa
kerana hidup harus diteruskan.Nenek hanya punya sebuah warisan untukmu.
Warisan ini nenek beli untuk dihadiahkan kepada kamu dan ada di dalam
pondok dengan bungkusan yang besar."
[Pemuda tersebut menemukan dan membuka bungkusannya. Isinya adalah
sebuah boneka shaolin. Tapi ia tidak tahu apa maksudnya. Ia melanjutkan
surat wasiat tadi]. "Nenek memberi boneka shaolin ini agar kamu boleh menjadi seperti dirinya. Lihatlah boneka itu dan cubalah pukul sekuat-kuatnya."
Pemuda
itu cuba memukulnya, dan boneka itu terombang-ambing, tetapi sesaat
kemudian, boneka itu berdiri tegak seperti semula. Alangkah terkejutnya
pemuda itu. Berkali-kali ia memukul sekuat tenaga sampai penat, tetapi
boneka itu tetap tidak mahu terjatuh "Lihatlah boneka itu, ia akan
tetap berdiri tegar meskipun dipukul berkali-kali. Ia tidak pernah
terjatuh. Ia tetap sabar menerima pukulan dan sebanyak itulah ia akan
tetap berdiri, tanpa pernah menyerah.
Cucuku,
hidup kadang kala sulit. Nenek hanya mengharapkan kamu agar tidak
menyerah. Ketika kamu jatuh dan putus asa, lihat kembali boneka ini.
Kamu harus tetap berdiri. Ketika pukulan dan hentaman datang
bertubi-tubi, sebanyak itulah kamu harus bertahan dan tetap bangkit.
Saat kamu bertekad untuk tidak menyerah, maka orang lain yang akan
menyerah dan saat itulah kamu akan menang.
Hidup
kamu sekarang memang susah. Tapi, jika kamu tidak mahu menyerah,
hidup kamu pasti akan berubah. Saat itulah nenek akan bangga melihat
kamu. Meskipun kamu seorang diri, jangan takut. Nenek akan selalu
melihat dan menemanimu. Lakukan apa yang harus kamu lakukan dan jadilah
seorang yang bermental seperti boneka shaolin itu. Meskipun kamu
miskin, kamu harus memiliki mental seorang pemenang. Suatu saat nanti
kamu pasti akan tahu maksud nenek. Semoga wasiat dan warisan dari nenek
boleh mengubah hidup kamu."
Setelah
membaca surat wasiat nenek, pemuda itu menangis kuat. Ia merasa begitu
bodoh kerana sebelumnya berniat untuk bunuh diri. Saat itulah, dirinya
berubah. Surat wasiat itu benar-benar membuatnya menjadi seorang
bermental baja. Dengan bekal itu, beberapa tahun kemudian, ia
benar-benar menjadi orang yang sukses dan kaya. Warisan sang nenek yang
rasanya tidak berharga ternyata mampu mengubah seorang pemuda putus asa
menjadi seorang juara.
Pesan kepada pembaca:
Berapa ramai orang yang berani bangkit lagi setelah jatuh berkali-kali? Berapa ramai orang yang terus maju meskipun terus-menerus gagal? Berapa ramai orang yang terus berjuang meskipun sudah pernah kalah sebelumnya? Tidak ramai orang yang seperti itu. Sangat ramai orang yang lebih memilih menyerah. Mereka tidak kuat ketika menyedari diri mereka terjatuh dan kalah. Bahkan tidak sedikit pula yang sudah menyerah kalah sebelum gendang perang ditabuh.
Adakah sesuatu hal yang seharusnya Anda lakukan, tetapi Anda memutuskan untuk berhenti? Cuba ingat-ingat kembali hal berharga yang boleh Anda raih jika Anda tidak menyerah. Sayang, hal berharga tersebut harus hilang kerana Anda memutuskan untuk mengaku kalah. Hal yang boleh membuat Anda bahagia dan bangga jika tercapai ternyata harus terbang begitu saja. Apakah hal tersebut terlalu kecil sehingga Anda membuangnya dengan cara berhenti dan menyerah? Apakah Anda rela menukarkan impian Anda yang begitu berharga dengan sebuah pengakuan bahawa Anda sudah menyerah?
Ingat, jika Anda tidak mahu menyerah, maka cepat atau lambat, lawan Anda yang akan menyerah. Jika lawan Anda sudah menyerah, maka Andalah yang menjadi pemenang. Berjanjilah untuk memberikan perlawanan yang terbaik dan terhebat. Meskipun Anda akhirnya harus kalah, katakan pada lawan Anda bahawa ia pun tidak akan menang dengan mudah. Katakan padanya jika ia akhirnya menang, ia akan menang dengan perjuangan yang berdarah-darah dan mati-matian sampai titisan keringat tenaga terakhir!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan