Anjing Yang Setia |
Dikisahkan, di
sebuah dusun tinggallah keluarga petani yang memiliki seorang anak masih
bayi. Keluarga itu memelihara seekor anjing yang dipelihara sejak masih
kecil. Anjing itu pandai, setia, dan rajin membantu si petani. Dia
boleh menjaga rumah bila majikannya pergi, mengusir burung-burung di
sawah dan menangkap tikus yang berkeliaran di sekitar rumah mereka. Si
petani dan isterinya sangat menyayangi anjing tersebut.
Suatu hari,
si petani harus menjual hasil tuaiannya ke kota. Oleh kerana beban
berat yang harus di bawanya, dia meminta isterinya ikut serta untuk
membantu, agar secepatnya menyelesaikan penjualan dan sesegera mungkin
pulang ke rumah. Si bayi di tinggal tertidur lelap di ayunan dan
dipercayakan di bawah penjagaan anjing mereka.
Menjelang
malam setiba di dekat rumah, si anjing berlari menyongsong kedatangan
majikannya dengan menyalak keras berulang-ulang, melompat-lompat dan
berputar-putar, tidak seperti biasanya. Suami isteri itu pun hairan dan
merasa tidak tenang menyaksikan sifat si anjing yang tidak biasa. Betapa
terkejutnya mereka, setelah berhasil menenangkan anjingnya, ternyata
mulut si anjing berlumuran darah segar. “Lihat pak! Mulut anjing kita
berlumuran darah! Pasti telah terjadi sesuatu pada anak kita!” teriak si
ibu histeris, ketakutan, dan mulai terisak menangis. “Ha…benar! Kurang
ajar kau anjing! Kau apakan anakku? Pasti telah kau makan!” si petani
ikut berteriak panik.
Dengan
penuh kemarahan, si petani spontan mengambil sebuah kayu dan secepat
kilat memukul anjing itu dan mengenai bahagian kepalanya. Anjing itu
terdiam sejenak. Tak lama dia menggelepar kesakitan, memekik perlahan
dan dari matanya kelihatan titisan air mata, sebelum kemudian ia terdiam
untuk selamanya.
Bergegas kedua suami isteri itu pun berlari masuk ke dalam rumah. Begitu tiba di bilik, kelihatan anak mereka masih tertidur lelap di ayunan dengan damai. Sedangkan di bawah ayunan terletak bangkai seekor ular besar dengan darah berceceran bekas gigitan. Mereka pun segera sedar bahawa darah yang ada di mulut anjing tadi adalah darah ular yang hendak mematuk anak mereka. Perasaan sesal segera mendera. Kesalahan fatal telah mereka lakukan. Emosi kemarahan yang tidak terkawal telah membunuh anjing setia yg mereka sayangi. Tentu, penyesalan mereka tidak akan membuat anjing kesayangan itu hidup kembali.

Pembaca yang budiman,
Gara-gara
emosi dan kemarahan yang membabi buta dari sikap manusia, seekor anjing
setia yang telah membantu dan membela majikannya, harus mati secara
tragik. Saya rasa demikian pula dalam kehidupan ini. Begitu banyak
permasalahan, pertikaian, perselisihan bahkan peperangan, muncul dari
emosi yang tidak terkontrol. Oleh itu, saya sangat setuju dengan
kata-kata: ”Jangan mengambil keputusan apa pun pada saat emosi sedang
melanda.” Sebab, bila itu yang dilakukan, boleh fatal akibatnya.
Sungguh, kita perlu belajar dan melatih diri agar disaat emosi, kita
mampu mengendalikan diri secara sabar dan bijak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan