Batu ruby yang retak |
Alkisah,
di sebuah kerajaan, raja memiliki sebuah batu ruby yang sangat indah.
Raja sangat menyayangi, mengaguminya dan berpuas hati kerana merasa
memiliki sesuatu yang indah dan berharga. Saat permaisuri akan
melangsungkan ulang tahunnya, raja ingin memberikan hadiah batu ruby itu
kepada isteri tercintanya. Tetapi saat batu itu dikeluarkan dari tempat
penyimpanan, terjadi kecelakaan sehingga batu itu terjatuh dan tergores
retak cukup dalam.
Raja sangat
keciwa dan bersedih. Dipanggilnya para ahli batu-batu berharga untuk
memperbaiki kerosakan tersebut. Beberapa ahli permata telah datang
kepada kerajaan, tetapi mereka menyatakan tidak sanggup memperbaiki batu
berharga tersebut. “Mohon ampun Baginda. Goresan retak di batu ini
tidak mungkin boleh diperbaiki. Kami tidak sanggup mengembalikannya
seperti keadaan semula.” Kemudian baginda memutuskan mengadakan
sayembara, mengundang seluruh ahli permata di negeri itu yang mungkin
waktu itu terlewatkan.
Tidak lama
kemudian datanglah ke istana seorang setengah tua berbadan bongkok dan
berbaju lusuh, mengaku sebagai ahli permata. Melihat penampilannya yang
tidak meyakinkan, para prajurit menertawakan dia dan berusaha
mengusirnya. Mendengar suara itu, sang raja memerintahkan untuk
menghadap. “Ampun Baginda. Mendengar kesedihan Baginda kerana kerosakan
batu ruby kesayangan Baginda, perkenankanlah hamba untuk melihat dan
mencuba memperbaikinya.” “Baiklah, niat baikmu aku kabulkan,” kata
baginda sambil memberikan batu tersebut.
Setelah
melihat dengan saksama, sambil menghela nafas, si tamu berkata, “Saya
tidak boleh mengembalikan batu ini seperti keadaan semula, tetapi bila
diperkenankan, saya akan membuat batu ruby retak ini menjadi lebih
indah.”
Walaupun
sang raja meragukan, tetapi kerana putus asa tidak ada yang boleh
dilakukan lagi dengan batu ruby itu, raja akhirnya setuju. Maka, ahli
permata itupun mulai memotong dan menggosok. Beberapa hari kemudian, dia
menghadap raja, ternyata batu permata ruby yang retak telah dia pahat
menjadi bunga mawar yang sangat indah. Baginda sangat gembira, “Terima
kasih rakyatku. Bunga mawar adalah bunga kesukaan permaisuri, sungguh
cocok sebagai hadiah.” Si ahli permata pun pulang dengan gembira. Bukan
kerana besarnya hadiah yang dia terima, tetapi lebih dari itu kerana dia
telah membuat raja yang dicintainya berbahagia.
Sahabat yang luar biasa,
Di
tangan seorang yang ahli, benda cacat boleh diubah menjadi lebih indah
dengan cara menambah nilai lebih yang diciptakannya. Apalagi
mengerjakannya dengan penuh ketulusan dan perasaan cinta untuk
membahagiakan orang lain. tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini.
Saya kira demikian pula bagi manusia, tidak ada yang sempurna, selalu
ada kelemahan besar ataupun kecil. Tetapi jika kita memiliki kesedaran
dan tekad untuk mengubahnya, maka kita boleh mengurangi
kelemahan-kelemahan yang ada sekaligus mengembangkan kelebihan-kelebihan
yang kita miliki sehingga keahlian dan karakter positif akan terbangun.
Dengan terciptanya perubahan-perubahan positif tentu itu merupakan
kekuatan pendorong yang akan membawa kita pada kehidupan yang lebih
sukses dan bernilai!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan