20 Jun, 2012

BERAPA NILAI ANDA BERBANDING WANG


Dikisahkan tentang sepasang suami isteri yang baru saja berkahwin. Awalnya kehidupan rumah tangga mereka harmoni, tetapi tuntutan keperluan rumah tangga semakin besar, sementara si isteri pula belum dapat menyiasati sumber penghasilan suaminya yang tak seberapa. Isterinya tertekan sehingga ia selalu merasa kurang puas.

Keadaan tersebut menyebabkan kebiasaan si isteri setiap hari selalu mengeluh dan menuntut suaminya memenuhi semua keperluan mulai rumah, kereta, dan fasiliti yang lainnya senilai satu ribu ringgit, sedangkan si suami benar-benar stres.
"Bagaimana mungkin? Penghasilanku kan hanya segitu!" kata si suami. Lebih parah lagi, di tengah tekanan tersebut, ia sama sekali tidak berhasil memberikan penjelasan kepada  isterinya.

Suatu ketika mereka berdua berkunjung ke rumah sakit menjenguk salah seorang rakan si isteri yang sakit  diserang penyakit kritikal. Rakan si isteri tersebut menceritakan bahawa ia selama ini sering lupa makan, kurang istirahat, dan melakukan pola hidup yang salah. Kejadian itu memberikan idea bagi si suami untuk memberikan sedikit penjelasan kepada isteri tercinta.


Dalam perjalanan pulang, si suami memecah keheningan. Ia bertanya kepada isterinya,
"Jika saya memberikan kamu wang sebanyak RM 1 juta tetapi syaratnya kamu harus sakit seperti rakanmu tadi, apakah kamu mahu?"  "Tidak!" kata isterinya.

Dua hari kemudian, mereka berjalan-jalan melalui sebuah banglo yang sejuk dan cantik. Tak lama kemudian muncul sepasang manusia dari banglo tersebut.
"Ini kesempatan aku membuka hati isteriku," fikir si suami. Ia tidak mensia-siakan kesempatan itu. Ia segera mengajukan sebuah pertanyaan kepada isterinya, "Jika sekarang kamu boleh memiliki sebuah banglo seperti itu, tapi seketika kamu menjadi tua seperti orang tua tadi, apakah kamu mahu?" "Tidak !" ucap isterinya agak kesal.

Tak lama setelah kejadian tersebut, berlaku rompakan di sebuah Bank ternama di bandar dimana mereka tinggal. Bank tersebut hampir sahaja bankrap kerugian 1 trilion, kalau  percubaan perompak tersebut tidak berhasil digagalkan. Berita tentang salah seorang perompak mati ditembak dengan cepat tersiar di seluruh bandar.


Pasangan suami isteri tersebut mendengar tentang berita rompakan Bank dari siaran di televisyen. Ketika si isteri serius memperhatikan berita rompakan tersebut, si suami bertanya kepada isterinya.
"Kalau kamu diberi wang satu juta, tapi kamu mesti menjalani hukuman mati, apakah kamu mahu," kata si suami memecah keheningan.

Si isteri tersulut emosinya.
"Cakap kosong apa kamu! Diberi bukit emaspun aku tidak mahu!" sergahnya kepada si suami.

Mendengar ucapan isterinya, si suami tersenyum riang. Ia merasa senang, kerana hampir berhasil membawa isterinya dengan pemikiran yang benar.
"Apakah kamu sekarang sudah menyedari dan merasakan bahawa kita sebenarnya sangat kaya! Kita memiliki kesihatan, masa muda dan nyawa," kata suaminya. Ia melanjutkan, "Kekayaan yang sudah aku sebutkan tadi jauh lebih besar dari wang 1 juta! Bukankah kita masih memiliki sepasang tangan untuk memperjuangkan masa depan dan nasib kita?"

Kata-kata suaminya benar-benar membuat wanita itu terpaku. Ia baru sedar selama ini ia bertindak bodoh, kerana tidak mensyukuri anugerah yang telah ia nikmati setiap hari, setiap jam, setiap minit dan setiap detik. Sejak saat itu hatinya mulai terbuka pada hal-hal baru yang positif dan senentiasa memperbaiki diri supaya menjadi isteri yang lebih baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan