Dirimu adalah harta |
Dari
mana datangnya harta yang Anda miliki saat ini? Ketika lahir, kita
datang ke muka bumi ini tanpa membawa apa-apa; tidak juga emas, berlian
dan wang. Kita datang hanya dalam bentuk tubuh, fikiran, dan jiwa,
namun sebetulnya inilah yang sangat bernilai, melebihi nilai material
apa pun.
Kalau
seandainya ibu jari Anda ditukar dengan wang senilai 10 ribu apakah
Anda mahu? Kalau tidak mahu, lalu berapa nilai wang yang Anda inginkan?
Saya percaya, Anda tentu tidak ingin menukarkan ibu jari Anda dengan
berapa pun besarnya wang itu, kan? Tubuh
adalah pelayan bagi fikiran, dialah yang mengerjakan apa yang Anda
fikirkan dan sekaligus mengalaminya. Tubuh adalah tempat bagi fikiran
untuk mengekspresikan diri. Tanpa tubuh, Anda tidak mungkin boleh
mengalami apa yang ingin Anda alami. Kalau menyedari ini, tentu Anda
akan merawat tubuh anda dengan sebaik-baiknya, menjaga agar tubuh tetap
prima.
Fikiran
adalah penghasil idea dan gagasan. Idea dan gagasan yang cemerlang
dapat berubah menjadi harta secara fizikal yang tak terhingga. Sebagai
contoh : Microsoft penghasil software komputer di dunia, muncul dari
gagasan cemerlang Bill Gates. Ideanya kini menghasilkan miliaran dolar
AS. Fikiran adalah penggerak tubuh, dialah yang membawa arah hidup Anda.
Jika fikiran jernih, tentu Anda akan mampu membawa arah kehidupan yang
baik. Sebaliknya jika fikiran kacau, Anda akan terpeleset pada arah
kehidupan yang kurang menyenangkan.
Tahukah Anda, siapa pembimbing diri Anda? Itulah jiwa
Anda..! Jiwa Anda menginspirasi untuk menemukan siapa diri Anda yang
sesungguhnya. Jiwa Anda juga senentiasa mendorong Anda untuk bergerak
maju. Jiwa Anda juga membimbing Anda pada jalan-jalan yang benar, yang
boleh membuat Anda merasa senang dan bahagia. Anda perlu berkomunikasi
terus menerus dengan jiwa Anda, agar dia senentiasa menginspirasi Anda
dengan hal-hal yang positif. Kalau
sudah tahu seberapa besar nilai diri Anda, untuk apa lagi Anda merasa
tidak berharga, merasa miskin, merasa tidak mampu?
Perasaan inferior
ini sebetulnya menunjukkan bahawa Anda belum benar-benar mengenali
siapa diri Anda yang sebenarnya, dengan demikian Anda merasa tidak
percaya diri. Untuk itu sangatlah penting untuk menggali dan menemukan jati diri Anda.
Sebab sebelum menemukan siapa diri Anda yang sebenarnya, Anda akan
hidup diselimuti dengan ketakutan dan hidup hanya mengharapkan belas
kasih dari orang lain.
Mulai sekarang berikan
penilaian yang tertinggi buat diri Anda, temukan dirimu sendiri dan
cintailah dirimu; kembangkan dan latihlah fikiran Anda agar mampu
menghasilkan idea-idea kreatif yang bernilai guna tinggi, dan ikutilah
kehendak jiwamu. Menjawab pertanyaan di atas, harta yang Anda miliki
saat ini berasal dari diri Anda sendiri; dari tubuh, fikiran, dan jiwa
yang bersih dan sihat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan