Tikus Kampung |
Alkisah,
ada dua ekor tikus bersahabat. Oleh sebab keadaan, yang satu tinggal di
kampung sedangkan yang lain tinggal di bandar. Suatu hari, tikus bandar
berkunjung ke kampung sahabatnya. Tikus bandar dibawa keliling kampung,
diberi makanan terbaik ala kampung sambil bercerita, "Sahabat,
kampungku memang sepi tetapi anginnya begitu sejuk dan suasananya damai.
Makanan pun tersedia dimana-mana tempat penyimpanan petani. Bagaimana
menurut pendapatmu?"
Dengan
gaya perkataannya tikus bandar menjawab, "Jujur sahaja sahabat, aku
sungguh tidak mengerti kenapa kamu selesa tinggal di tempat seperti ini.
Begitu sepi, sejuk, dan seakan-akan tidak ada kehidupan yang bermakna.
Makanan terbaikmu, rasanya pun juga terlalu hambar bagi lidahku. Sekali
skala datanglah ke bandar. Aku akan tunjukkan kepadamu kehidupan yang
layak, nikmat, mewah, dan megah. Engkau akan tahu betapa buruk, kotor,
tempat tinggalmu ini."
Mendengar
cerita tentang bandar yang begitu menawan, si tikus desa tertarik untuk
ikut ke sana. Setibanya mereka di bandar, dengan bangga dibawanya tikus
mengkelilingi menikmati indahnya gedung-gedung tinggi, lampu-lampu yang
menghiasi sepanjang jalan, keramaian manusia dan kenderaan yang lalu
lalang, hingga akhirnya mereka sampai ke liang lubang di sebuah rumah
mewah kediaman manusia.
"Mari
masuklah. Memang rumah majikanku besar, indah, dan selalu hangat di
dalamnya, berbeza sekali dengan rumah kampungmu kan?" Setelah
mengkelilingi, perut pun terasa lapar. Sambil bercakap-cakap, mereka
menghendap-hendap memasuki ruang makan. Sungguh hebat makanan di atas
meja, banyak dan beragam serta memancarkan aroma yang begitu mengundang
selera.
Ketika
hendak menyantap makanan. Tiba-tiba, "gubrak!" terdengar suara daun
pintu dibuka dengan kasar disusul dengan teriakan menggelegar dari orang
yang datang itu. Tikus bandar spontan berbalik arah dan berteriak
"Cepat lari, cepat!" secepat mungkin mereka pun berlari menyelamatkan
diri ke lubang pengaman menghindari caci maki dan kemarahan si penghuni
rumah.
Jantung yang masih berdegup kencang kerana terkejut dan ketakutan, si tikus kampung berkata tegas, "Aku mahu pulang. Seindah dan semegah apapun di bandar, di sini bukanlah tempatku. Ternyata kampungku yang sepi dan tenang jauh lebih enak untuk tempat tinggalku. Selamat tinggal sahabat."
Jantung yang masih berdegup kencang kerana terkejut dan ketakutan, si tikus kampung berkata tegas, "Aku mahu pulang. Seindah dan semegah apapun di bandar, di sini bukanlah tempatku. Ternyata kampungku yang sepi dan tenang jauh lebih enak untuk tempat tinggalku. Selamat tinggal sahabat."
Pembaca yang budiman,
Pepatah
mengatakan "Rumput tetangga lebih hijau dibanding rumput di halaman
sendiri." Kadang kala kita hidup selalu dibandingkan! Melihat orang lain
serasa lebih baik, lebih hebat, lebih kaya, lebih indah dibandingkan
diri sendiri. Jika kehebatan orang lain menjadi acuan kita, maka
tentulah perasaan tidak bahagia yang senantiasa menyelimuti kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan