Dikisahkan
ada dua orang adik-beradik yang sama-sama mengurus kedai perniagaan.
Adik-beradik ini mendapatkan modal dari ayahnya untuk menjalankan
perniagaan yang lokasinya tidak terlalu jauh berbeza. Ayah mereka hanya
berpesan tentang dua hal yang perlu diperhatikan, yakni, " Pertama,
jangan menagih hutang kepada orang yang berhutang kepadamu dan kedua
setiap yang pergi dari rumah ke kedai atau sebaliknya jangan sampai
terkena sinar matahari."
Waktu
terus berjalan dan masing-masing berusaha mengurus perniagaan dengan
menjalankan pesan ayahnya. Setelah beberapa tahun ayahnya meninggal,
kenyataan yang terjadi adalah anak yang lebih sulung
kedainya berkembang semakin besar, barang-barangnya semakin banyak dan
menjadi semakin bertambah kaya. Sebaliknya, bongsu usahanya semakin
menurun, barang-barangnya semakin menyusut dan menjadi semakin miskin.
Ibunya
yang melihat hal itu merasa hairan dan menanyakan kepada masing-masing
anaknya. Ketika ditanyakan kepada anak yang lebih anak bongsu jawabnya
adalah, " Semua ini kerana saya mengikuti pesan ayah. Pesan pertama,
saya tidak boleh menagih hutang kepada orang yang berhutang kepadaku,
dan sebagai akibatnya modalku susut kerana orang yang berhutang
kepadaku tidak membayar sementara aku tidak boleh menagih. Ayah juga
berpesan agar setiap pergi dan pulang dari rumah ke kedai, saya tidak
boleh terkena sinar matahari. Akibatnya saya selalu membawa kereta atau
naik teksi menuju ke kedai atau pulang ke rumah. Padahal, kalau mahu
dengan berjalan kaki saja sampai, tetapi kerana pesan ayah demikian
maka kos saya menjadi bertambah banyak."
Ibunya
bertanya pula kepada anak yang sulung yang lebih berhasil mengurus
kedainya, jawabnya adalah, " Semua ini berkat dua pesan ayah tersebut.
Pertama ayah berpesan supaya saya tidak menagih hutang kepada orang
yang berhutang kepada saya, maka saya tidak menghutangkan kepada orang
lain sehingga modal saya tidak susut. Kalau ada orang yang ingin
berhutang, saya lebih senang memberikan bantuan wang sesuai kemampuan
saya sahaja, sehingga saya tidak perlu menagih hutang. Ayah juga
berpesan agar setiap kali pergi ke kedai atau pulang dari kedai tidak
boleh terkena sinar matahari, maka saya selalu pergi ke kedai dengan
berjalan kaki lebih awal sebelum matahari terbit dan pulang ke rumah
lebih lambat sesudah matahari terbenam. Akibatnya kedai saya buka
sebelum kedai lain buka dan tutup jauh sesudah kedai yang lain tutup.
Kebiasaan itu menjadikan banyak orang tahu dan kedaiku menjadi laris,
kerana mempunyai jam kerja lebih panjang."
Sahabat
semuanya, kisah di atas saya dapatkan dari seorang sahabat yang entah
dari mana sumber aslinya. Mungkin bukanlah kisah nyata, namun
sesungguhnya memberikan pelajaran bermakna kepada kita semua, bahawa
sebuah pesan atau kalimat dapat ditafsir berbeza sehingga memberikan
hasil yang berbeza. Kalau seseorang mampu melihat dengan "positive
attitude" maka ia berhasil menangkap pesan itu menjadi positif,
fikirannya pun positif, tindakannya pun positif dan hasilnya adalah
positif pula. Sebaliknya kalau pesan itu ditafsir dengan persepsi yang
berbeza, maka pesan itu dianggap sebagai sebuah kesulitan bukan sebuah
cabaran, hal ini akan mempengaruhi fikiran dan tindakannya, dan hasilnya
adalah sesuatu yang negatif.
Setiap
kalimat yang datang kepada diri kita dapat bererti positif atau
negatif kepada diri kita, sesungguhnya pilihannya ditentukan oleh diri
kita sendiri. Semua yang datang kepada diri kita, apakah itu negatif
atau positif sesungguhnya tergantung bagaimana kita mengertikannya.
Tanpa kita memberikan erti, maka setiap kalimat mahupun keadaan yang
datang kepada kita tidak akan memiliki makna sama sekali terhadap diri
kita.
Apa
yang perlu kita fahami adalah bahawa salah satu kunci keberhasilan
hidup kita adalah bagaimana kita dapat mengembangkan KONSEP DIRI
POSITIF. Konsep diri positif ini seperti sebuah sistem operasi yang
mempengaruhi mental dan kemampuan berfikir positif seseorang. Konsep
diri positif ini dapat masuk ke dalam fikiran seseorang dan mempunyai
kesan pengaruh yang besar terhadap kemampuan menerima dan
mempersepsikan setiap pesan yang datang. Semakin positif konsep diri
seseorang maka akan semakin mudah menangkap dan mempersepsikan setiap
pesan yang datang menjadi sebuah pesan yang positif, demikian pula
sebaliknya.
Konsep
diri positif memiliki peranan yang sangat besar dalam menentukan
keberhasilan hidup seseorang, kerana konsep diri positif dapat
mempengaruhi pola fikir dan tindakan seseorang menjadi positif dalam
kehidupannya. Hasilnya adalah karakter peribadi positif yang menjadi
modal bagi kesuksesan hidup. Bagaimana dengan Anda? Pilihannya
ditentukan oleh diri Anda sendiri. SEMOGA BERMANFAAT !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan