20 Jun, 2012

MENEMUKAN TUJUAN HIDUP



Tujuan Hidup
Alkisah pada suatu senja, kelihatan seorang perempuan cantik berusia empat puluhan, berpakaian indah dan santun, turun dari kereta mewah. Keadaan wajah yang lesuh dan tidak bahagia, dia datang ke rumah makciknya yang berada di pinggir bandar, jauh dari kesibukan.

Setelah melepas rindu, sambil menarik nafas panjang, perempuan itu berkata, "Makcik, setelah anak-anak besar, saya merasa kesepian dan tidak bahagia. Saya merasakan kehidupan yang hampa dan tidak bermakna lagi." Sambil tersenyum bijak, tanpa berkata sedikit pun makciknya memanggil seorang perempuan, yang bekerja sebagai pembantu rumahnya. "Mbak Anik. Ini cucu ibu. Datang dari bandar ingin mendengar kisah bahagia. Nah, tolong ceritakan, bagaimana caranya menemukan tujuan hidup sebenar?"

Pembantu rumah itu duduk di kerusi yang ada dekat perempuan itu, lalu mulai bercerita dengan gaya bahasanya yang  sederhana. Suaranya jernih dan jelas. "Begini.. Saya pernah mempunyai suami dan anak. Tetapi, suami saya meninggal kerana kanser. Malangnya, tiga bulan kemudian putera tunggal saya menyusul bapanya, meninggal dilanggar lori. Ketika itu, saya tidak  mempunyai siapa pun. Saya tidak boleh tidur, tidak selera makan, tidak boleh tersenyum apa lagi tertawa. Tiap hari saya selalu menangisi nasib saya yang buruk ini. Saya bahkan berfikir mahu bunuh diri.

Lalu suatu malam, waktu pulang kerja, seekor anak anjing mengikuti saya. Di luar sangat sejuk menyebabkan saya membiarkan anak anjnig itu masuk ke dalam rumah. Saya memberinya susu, yang langsung habis diminum. Anak anjing itu menggosok-gosokkan badannya sambil menjilat kaki saya. Untuk pertama kalinya dalam bulan itu, saya boleh tersenyum.

Saya sendiri merasa hairan, lalu berfikir, jika membantu seekor anak anjing saja boleh membuat saya tersenyum, mungkin melakukan sesuatu untuk orang lain boleh membuat saya bahagia. Jadi, hari berikutnya, saya membuat kuih pisang dan memberikan kepada jiran yang lagi sakit dan takboleh  bangun dari tempat tidurnya. Dia sangat senang menerima pemberian saya dan kami pun sempat bercerita dengan bahagia.

Setiap hari, saya mencuba berbuat baik, paling sedikit satu kali sehari berbuat baik. Saya rasakan, ketika melihat orang lain bahagia, saya juga merasa bahagia. Hari ini, rasanya tidak ada orang yang boleh makan dengan selera dan tidur nyenyak seperti saya. Saya menemukan tujuan hidup dan kebahagiaan ketika membahagiakan orang lain."

Mendengar cerita pembantu rumah itu, perempuan kaya itu menangis. Ia sedar, ia mempunyai segala sesuatu yang boleh dibeli dengan wang, tapi dia kehilangan hal-hal yang tak boleh dibeli wang. Kekayaan yang dipunyai ternyata tidak mampu membuatnya bahagia.

Sahabat yang berbahagia,
Ucapan syukur setiap waktu adalah magnet kebahagian! Dengan mensyukuri atas segala sesuatu yang telah kita miliki, maka kebahagiaan akan selalu mengalir dalam kehidupan kita. Sebaliknya jika kita tidak mampu menerima keadaan kita hari ini, sebagaimana adanya dan mensyukurinya, maka akan muncul "ketimpangan" batin. Akan terjadi gejolak ketidaknyamanan, ketidakbahagiaan, yang akan membawa kita pada penderitaan yang berkepanjangan.
 
Boleh bersyukur adalah "ilmu hidup" yang harus kita praktikkan. Kebahagiaan itu, bukan sekadar apa yang kita dapatkan, malah seringkali, mampu memberikan bantuan/pertolongan bagi orang yang memerlukan, dan hal itu pasti akan menyenangkan hati Tuhan, kerana di sanalah anda akan menemukan tujuan  hidup yang sebenar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan