Menjadi Diri Sendiri Bahagian 1 |
Manusia
diciptakan oleh Tuhan dengan diberikan anugerah yang sama. Di samping
itu setiap orang di ciptakan dengan membawa maksud dan tujuannya
masing-masing. Manusia diciptakan dengan keunikan, bakat dan minatnya
masing masing. Tidak ada seorangpun yang sama persis walaupun mereka di
lahirkan secara kembar.
Dalam
bukunya The Seven Habits of Highly Effective People, Stephen R. Covey
menyebutkan bahawa Tuhan telah memberikan empat anugerah yang ada di
dalam diri setiap orang iaitu kesedaran diri, imaginasi, nurani, dan
kehendak bebas. Manusia harus menyedari bahawa dirinya dapat
hidup lebih layak, lebih baik, lebih sukses, lebih bahagia. Dengan
kesedaran ini seseorang akan bergerak untuk maju. Dia akan berusaha
untuk memperbaiki dirinya terus menerus untuk tujuan perkembangan dan
kemajuan.
Sesungguhnya,
hasrat untuk maju telah ada di dalam diri setiap orang. Dia akan selalu
mengusik seseorang untuk bergerak maju. Hasrat inilah yang kita kenal
dengan "Kesedaran". Tanpa kesedaran diri yang keluar dari dalam diri
manusia, tak ada seorangpun yang dapat memaksanya untuk berbuat sesuatu
untuk mengubah diri. Oleh kerana itu, kesedaran itu bersifat peribadi
dan tidak boleh dipaksakan. Bila seseorang memiliki
"kesedaran untuk sukses", maka dengan sendirinya dia akan berupaya
mengubah keadaan dirinya sendiri. Kesedaran ini yang akan menggerakkan
dirinya untuk berupaya memperbaiki diri, dan melakukan transformasi
diri. Kesedaran ini sangat penting bagi seseorang, sebab kesedaran ini sesungguhnya merupakan "juru selamat" bagi diri mereka.
Seandainya
Anda tidak sedar bahawa Anda boleh sukses, pastilah Anda hanya akan
duduk diam dan merenungi nasib. Seandainya Anda tidak sedar bahawa Anda
boleh bahagia, maka Anda tentu akan menyerahkan kebahagiaan Anda kepada
orang lain. Dengan memiliki kesedaran, sebetulnya Anda boleh menentukan
nasib Anda sendiri; sebaliknya bila Anda tidak memiliki kesedaran, Anda
akan cenderung untuk menyerahkan nasib kepada tangan-tangan orang lain.
Dan hidup seperti ini sangatlah tidak enak. Tidak membahagiakan! Mulai
hari ini amati diri Anda dan renungkan: apakah keberadaan Ada saat ini
sudah sesuai dengan keinginan Anda? Anda adalah manusia bebas, tidak
ada seorang pun yang boleh membatasi kebebasan Anda. Sebab kita telah
diberikan kebebasan oleh yang menciptakan kita, berupa "kehendak bebas".
Oleh kerana itu, manusia bebas menentukan pilihan-pilihan untuk dirinya
sendiri.
Anda
bebas memilih kehidupan yang diinginkan. Tidak ada seorang pun yang
dapat mempengaruhi pilihan dan tujuan Anda,kecuali Anda meminta orang
lain untuk mengatur hidup Anda. Adalah suatu kebahagiaan bila kita bisa
memilih jalan hidup kita sendiri, dan menjalani dengan suka-cita.
Pilihlah untuk hidup sukses, bahagia, sehat dan berlimpah. Bila Anda
dengan sedar memilih yang ini, dan meyakininya dengan sangat kuat, maka
kehidupan Anda akan berubah menjadi seperti yang diinginkan.
Bila
sekarang sudah menyedari bahawa Anda boleh sukses dan bahagia,
manfaatkan imaginasi untuk membayangkan kehidupan, kesuksesan, dan
kebahagiaan seperti apa yang Anda inginkan. Gambarkan sukses dan bahagia
seperti keinginan Anda. Dengan menggunakan imaginasi,
buatlah gambaran yang jelas, spesifik dan pasti tentang gambar akhir
dari tujuan Anda. Anda harus membuat gambaran yang pasti tentang
kehidupan Anda, sebelum menjalaninya. Nantinya, gambaran itu akan
menuntun Anda di sepanjang jalan menuju pencapaian sasaran atau tujuan
hidup anda. Tanpa gambaran yang pasti, Anda akan kesulitan menentukan
arah untuk melangkahkan kaki.
Sebagai
analogi, bila ingin mempunyai rumah, Anda tentunya harus terlebih
dahulu membayangkan seperti apa rumah yang Anda inginkan, kemudian
mencetaknya di selembar kertas. Berdasarkan hal itu, Anda mulai
memanggil tukang bangunan untuk mengerjakannya. Dan dalam pengerjaan
rumah, Anda tetap mengacu pada gambaran yang sudah dibuat itu. Kalau
pengerjaan fizikal bangunan itu tidak sesuai dengan gambar, sudah pasti
Anda akan meminta tukang bangunan untuk merombaknya, kan? Dalam
menjalani hidup ini, hampir sama seperti itu, kita senantiasa melihat
pada gambaran mental yang telah kita bentuk, dan selalu mencocokkan
apakah langkah-langkah kita menyimpang dari gambaran mental itu atau
tidak.
Oleh kerana itu, sangatlah penting bahawa seseorang untuk memiliki gambaran yang jelas tentang hidup yang ingin jalaninya, dan apa saja yang ingin dicapainya. Bila tidak, Anda akan tersesat ke tempat-tempat yang tidak Anda inginkan.
Oleh kerana itu, sangatlah penting bahawa seseorang untuk memiliki gambaran yang jelas tentang hidup yang ingin jalaninya, dan apa saja yang ingin dicapainya. Bila tidak, Anda akan tersesat ke tempat-tempat yang tidak Anda inginkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan