20 Jun, 2012

TINGKATKAN KUALITI PELAYANAN PERIBADI

Tingkatkan Kualiti Peribadi
Setiap peribadi, ketika dilahirkan di dunia sesungguhnya membawa fungsi untuk memberikan pelayanan kepada Tuhan Sang Pencipta Kehidupan dan kepada sesama makhluk ciptaan Tuhan. Oleh itu, kita diberikan kelebihan kemampuan dan bakat unik untuk mencapai tujuan itu. Kita diberikan kemampuan terbaik bukan hanya untuk kepentingan diri sendiri, tetapi juga untuk memberikan pelayanan terbaik kepada sesama kehidupan. 

Tepat seperti lebah madu misalnya, yang dianugerahi kemampuan untuk menghasilkan madu yang memberikan manfaat kebaikan bagi kehidupan, demikian halnya dengan diri peribadi kita semuanya. Peribadi yang berhasil mencapai kesuksesan dan kemuliaan dalam hidupnya adalah peribadi yang mampu memberikan kualiti pelayanan tinggi. Apakah itu nilai kualiti pelayanan kepada Tuhan Sang Pencipta Kehidupan, mahupun kualiti pelayanan kepada sesama kehidupan. Oleh itu, kemampuan memberikan kualiti pelayanan dapat diibaratkan seperti mata wang bagi keberhasilan seseorang.


Memberi pelayanan kepada sesama kehidupan bermakna melepaskan energi positif kebaikan yang memancar dari tubuh kita. Meningkatkan  kualiti pelayanan bermakna meningkatkan kualiti energi positif kebaikan yang memancar dari dalam diri. Pada akhirnya akan meningkatkan nilai diri seseorang di mata kehidupan. Peningkatan nilai diri atau kualiti peribadi seseorang akan menaikkan nilai tukar mata wang bagi keberhasilannya. Inilah modal bagi seseorang  untuk mencapai kebintangan dalam hidupnya.


Peribadi yang mencapai kecemerlangan dalam hidup, karier dan bisnes adalah peribadi yang memberikan nilai kualiti pelayanan tinggi. Maka tingkatkan nilai kualiti pelayanan peribadi Anda. Kalau dalam meningkatkan kualiti pelayanan memerlukan perubahan-perubahan, maka  lakukanlah. Kalau hal itu diperlukan perubahan sikap dan perilaku diri kita lebih baik, maka ubahlah. Kalau hal itu diperlukan perubahan kebiasaan dan tindakan kita menjadi lebih baik, maka kerjakanlah. Kalau hal itu diperlukan perubahan ibadah lebih baik, maka kerjakanlah. Kalau hal itu berhubungan dengan peningkatan kualiti ketrampilan kita, maka tingkatkanlah. Kalau hal itu memerlukan kepandaian dan profesionalisme lebih baik, maka perjuangkanlah dengan belajarlah lebih tinggi.


Intinya setiap peribadi yang ingin meraih kebintangan dalam kehidupannya, upayakan melalui peningkatan kualiti nilai diri dengan meningkatkan kualiti pelayanan terbaik kita kepada Tuhan Sang Pencipta mahupun kepada sesama kehidupan.


Peribadi yang meninggikan kualiti pelayanannya, akan menerima imbalan kesuksesan dan kemuliaan hidup. Peribadi yang memiliki kesediaan hati berbahagi pelayanan, penasihatan, pengetahuan, motivasi, dan berbahagi kebaikan, akan menerima imbalan kebaikan dan kemuliaan. Para pemimpin dan para pembaharu kehidupan yang mengedepankan nilai-nilai pelayanan kepada banyak orang, pada akhirnya mereka mendapatkan kedudukan yang terhormat di mata Tuhan dan di mata sesama kehidupan.


Sahabat yang baik, ibadah sesungguhnya membangun Kesedaran seseorang untuk meningkatkan kualiti pelayanan. Baik kualiti pelayanan kepada Tuhan Sang Pencipta Kehidupan melalui berbahagi ibadah untuk mengharap pertolongan Tuhan, mahupun kualiti pelayanan kepada sesama kehidupan, melalui menumbuhkan sikap empati dan peduli kepada penderitaan orang lain. Maka, jadikanlah ibadah kita ini sebagai momentum transformasi diri dalam upaya meningkatkan nilai dan kualiti pelayanan kita.


Percayalah meningkatkan nilai kualiti pelayanan kepada Tuhan dan kepada sesama mahkluk ciptaanNya, akan menjadi hidup lebih mudah dan lebih indah. Pada saat kita banyak memancarkan energi positif kebaikan bagi sesama kehidupan, sesungguhnya kita telah menciptakan energi kebaikan yang akan datang kembali pada diri kita. Entah itu berupa sokongan dari banyak orang, kemudahan dalam banyak urusan, rezeki dan berkat yang kita terima dalam hidup. Hidup menjadi lebih membahagiakan, ketika kita dapat merasakan kebahagiaan sesama kehidupan. Tidak ada lagi kekhuatiran akan kesulitan rezeki dan masa depan, kerana yang datang adalah kedamaian, berkat, ketenangan hati dan kebahagiaan. Hanya dengan cara itulah kita akan dapat menikmati kemudahan hidup, kemenangan hidup dalam jangka panjang.  SEMOGA BERMANFAAT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan