20 Jun, 2012

2 ORANG BETAPA


Di China hiduplah dua orang pertapa yang berbeza usia terpaut sangat jauh. Masing-masing diantara mereka tinggal di sebuah bukit yang hanya dipisahkan oleh sebuah sungai. Aktiviti mereka di pagi hari adalah mengambil air ke sungai. Dari sanalah mereka menjadi teman baik kerana kerap bertemu dan bercengkrama.

Suatu ketika pertama muda tak melihat pertapa tua mengambil air. Hal itu berlangsung lebih dari satu minggu, dan membuat pertapa muda khuatir.
"Jangan-jangan dia sakit? Lalu siapa yang mengurusnya?" batin pertapa muda. Sebagai rasa solidariti, pertapa muda segera menjenguk petapa tua.

Di tengah kekhuatiran sampailah  pertapa muda di seberang bukit. Ia terkejut kerana petapa tua itu ternyata sedang berlatih
taichi. "Hei, sudah lebih dari satu minggu kamu tidak mengambil air. Aku bimbangkanmu. Lalu bagaimana kamu minum dan membersihkan diri?" kata pertapa muda itu memberondong pertanyaan.

"Mari! Mari! Saya tunjukkan sesuatu padamu,"
ucap pertapa tua sembari menggandeng tangan pertapa muda itu ke halaman belakang rumah.

"Dalam dua tahun ini, setiap selesai meditasi saya selalu meluangkan waktu untuk menggali perigi. Saya tetap meluangkan waktu untuk melakukan hal yang sama sesibuk apapun. Sekarang saya sudah memiliki sebuah perigi yang memberikan cukup banyak sumber air. Jadi saya tidak perlu mengangkat air dari sungai. Sayapun mempunyai lebih banyak waktu untuk melakukan hal-hal yang lebih menyenangkan,"
jelas pertapa tua itu panjang lebar.

Pesan:

Pertapa tua adalah personifikasi yang memiliki kesedaran cukup tinggi untuk mempersiapkan masa depan dengan baik. Ia mengenal betul bahawa masa depan bukan sekadar masa setelah masa kini. Iapun bersedia menerima resiko seberapapun besarnya, kerana ia percaya pada harapan yang akan ia wujudkan, iaitu sesuatu yang lebih besar dan bererti.

Kisah di atas mengingatkan kita untuk tidak sekadar tahu bahawa di depan kita ada masa depan. Tetapi kita juga harus mempunyai strategi untuk menghadapi proses menuju masa depan yang lebih baik sesuai dengan visi yang ingin kita capai. Selain itu, kesedaran untuk mempersiapkan masa depan dengan baik akan mendorong kita terus berbenah. Dengan demikian kita akan mampu memanfaatkan waktu yang selalu berkurang dengan sebaik-baiknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan