Nampak
seekor Ayam dengan bulu-bulunya yang indah berjuntai berjalan-jalan di
sebuah pematang sawah.Tak jauh di sana nampak seorang petani yang sedang
menjemur gabah yang baru saja dituainya.
Melihat bulir-bulir padi yang terkumpul, Ayam yang tengah kelaparan itu berkata:"Wahai Petani, bolehkah saya makan padi-padimu?" Si Petani yang melihat ayam dengan bulu-bulunya yang indah menjawabnya"Tentu saja boleh, namun apakah saya juga boleh memiliki beberapa helai bulu-bulumu yang indah itu?"
"Oh tentu saja boleh, silakan ambil yang mana yang kau suka" kata si Ayam dengan mata berbinar mendengar pujian si Petani. Lalu, usai si Ayam makan dengan kenyang dan puas, dilanjutkan dengan mencabut beberapa helai bulu-bulu indahnya oleh si Petani.
Menyedari bahawa bulu-bulunya memiliki nilai tukar, keesokan harinya si Ayam mendatangi rumah si Petani menawarkan bulu-bulunya, namun kali ini si Ayam menginginkan makanan yang lebih sedap dari sekadar beras. Si Petani setuju" Baiklah, saya akan menyediakan makanan yang sedap, untuk setiap tiga puluh helai bulu-bulumu kerana saya memerlukan sebuah penyapu untuk membersihkan debu-debu dirumahku"
Hari demi hari berlalu, si Ayam sangat menikmati makanan enak yang setiap hari disajikan oleh si Petani tanpa menyedari bulu-bulunya yang kian menipis hingga makin nampak jelas kulitnya yang putih kemerahan. Suatu malam turun hujan sangat kuat disertai udara sangat sejuk dan pagi harinya ditemukan seekor ayam tanpa bulu terbujur kaku mati kesejukan.
Kepada peserta Die Hard Motivation Training di sebuah syarikat gali minyak dan kilang kuari yang dikenal kaya raya akan minyak dan batu, saya bertanya "minyak dan batu giling itu bila agaknya akan habis dikaut hasil buminya?
Dari jawaban yang bervariasi menandakan bahawa tidak ada satu pun yang tahu dengan pasti bila akan habis, namun semuanya setuju jika terus dihisap dan digali tiap hari, maka suatu saat pasti akan habis. Renung dan fikir-fikirkan. Semoga bermanfaat!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan