20 Jun, 2012

KONSEP DIRI YANG BENAR




Seringkali, jika ditanya oleh seseorang, apa sebenarnya hobi kita? Kita kesulitan menjawabnya. Lalu ditanya, apa sebenarnya bakat kita? Kita juga bingung, apakah bakat kita sebenarnya? Ketika ditanya tentang cita-cita, malah kebanyakan orang semakin bingung, apakah cita-cita kita. Hal yang sama juga terjadi, jika ditanya soal apa sebenarnya yang menjadi keinginan kita di masa depan nanti? Ramai orang yang bingung ketika menjawabnya. Apapun itu namanya, hobi, bakat, keinginan, dan cita-cita; seringkali memang membuat kita menjadi bingung dan bimbang, bagaimana harus menjawabnya dengan benar. Kebingungan kita tersebut sebenarnya tidak boleh lepas dari kuatnya pengaruh lingkungan tempat kita berada, sejak masa kanak-kanak sampai dengan masa dewasa ini.

Semasa kita kecil, sebenarnya sudah ada keinginan-keinginan peribadi sendiri, akan tetapi, pada saat kita ingin menyalurkan keinginan kita, seringkali ada halangan dari lingkungan tempat kita berada. Cabaran lingkungan itu boleh berasal dari orang tua kita, dari kawan-kawan sepermainan, kawan-kawan sekolah ataupun dari datuk nenek kita sendiri. Mereka semua sesungguhnya yang menjadikan kita bingung dan bimbang dalam memahami bakat, keinginan atau cita-cita kita pada saat dewasa nanti. Pengaruh lingkungan ini begitu kuatnya, sehingga kita menjadi lebih cenderung untuk mengikuti apa yang diinginkan oleh lingkungan kita pada diri kita; diri kita akan menjadi sesuai dengan keinginan lingkungan tersebut, dan tidak menjadi diri kita sendiri.


Anda sendiri mungkin pernah mengalami kejadian-kejadian, yang memaksa diri Anda, mahu atau tidak mahu harus mengikuti atau menuruti apa yang diinginkan oleh lingkungan tempat Anda berada saat itu. Seringkali, kerana kita belum mempunyai pendirian dan keperibadian kuat; maka biasanya kita mahu tidak mahu harus menuruti apa yang diinginkan lingkungan, dan kita juga harus melakukannya. Pada saat kita masih kecil, seringkali orang tua kita sudah ada keinginan, agar kita boleh dan mahu mengikuti keinginan mereka; misalnya, banyak orang tua menginginkan anaknya menjadi seorang doktor, padahal si anak sebenarnya lebih suka di bidang seni atau yang selalu berhubungan dengan bentuk-bentuk seni.


Pada gilirannya nanti, saat si anak benar-benar menjadi seorang doktor, biasanya dia akan merasakan ada sesuatu yang kurang pada dirinya; dan itu disebabkan oleh keinginan dirinya yang "dipendam dalam" oleh keinginan orang tuanya. Memang banyak sekali kes demikian, sehingga pada akhirnya, si doktor tersebut meninggalkan gelar dan profesionnya, kemudian mulai mengikuti keinginannya yang sudah sekian lama dipendam oleh keinginan orang tuanya tersebut. Sehingga akhirnya dia boleh menjadi lebih sukses lagi, bahkan tidak hanya sukses dari segi material, melainkan juga dia boleh berbangga menikmati hidupnya sesuai dengan keinginan atau bakat dan cita-citanya sejak dia masih kecil.


Pada kenyataan hidup sekarang ini, Anda boleh melihat adanya fenomena-fenomena seperti itu. Anda boleh melihat ada pelukis yang bergelar seniman, sarjana ekonomi atau sarjana lainnya. Ramai penyanyi menyandang gelar yang tidak sesuai dengan dunia yang digelutinya saat ini. Bahkan ramai orang setia kepada sebuah profesion yang jauh sekali dari jurusan pendidikan akademiknya. Inilah suatu fenomena, yang sesungguhnya hasil dari pemaksaan keinginan lingkungan tempat hidup kita, kepada diri kita sejak masa kanak-kanak sampai dewasa ini.


Untuk membentuk sebuah konsep diri secara benar, sesuai dengan siapa diri Anda sesungguhnya, dan apa yang Anda benar-benar inginkan dalam hidup ini; sebenarnya boleh Anda lakukan lagi pada saat ini. Anda sesungguhnya boleh membentuk kembali konsep diri Anda. Anda boleh mulai membuat visi baru mengenai siapa diri Anda sebenarnya, diri Anda yang benar-benar baru dan lebih baik. Anda harus memandang diri Anda sendiri dengan sudut pandang yang benar, sudut pandang yang boleh menghargai siapa diri Anda sendiri. Sehingga, dengan melihat secara benar mengenai siapa diri Anda, maka Anda sudah melakukan langkah awal untuk menuju kepada suatu pembentukan sebuah konsep diri yang baru. Tidak ada kata terlambat, jika itu untuk suatu kebaikan bagi diri Anda sendiri.


Memang bukan suatu hal yang mudah untuk membentuk konsep diri Anda dengan benar sebagaimana keinginan anda; hal ini disebabkan besarnya dan kuatnya pengaruh dari lingkungan sekitar Anda. Pokok terpenting di sini adalah: Anda harus membuat sebuah konsep baru mengenai citra diri Anda sebenarnya, citra diri yang Anda impikan, yang benar-benar Anda inginkan sebagai diri Anda sesungguhnya. Selanjutnya Anda harus berfikir dan bertindak dengan kepercayaan penuh sesuai dengan apa yang menurut Anda benar mengenai siapa diri Anda sesungguhnya, sebagaimana yang sudah Anda programkan sekarang ini. Sehingga pada akhirnya fikiran bawah sedar Anda akan mengambil alih, kerana hukum fikiran kita adalah hukum kepercayaan; dan fikiran bawah sedar kita itu peka dan tanggap terhadap apa sahaja yang kita fikirkan dengan penuh kepercayaan.  

Oleh kerana itu, pada gilirannya Anda akan berfikir dan bertindak sebagaimana konsep diri yang Anda benarkan dan Anda terima dengan rasa percaya yang membentuk keikhlasan, bahawa itu adalah diri Anda yang sejati; sehingga Anda akan benar-benar menjadi diri Anda sendiri sesuai dengan konsep diri yang baru itu. Hal penting yang harus Anda ingat adalah, bahawa fikiran bawah sedar sudah menerima suatu gagasan, maka dengan serta merta pelaksanaannya harus dimulai dengan bertindak menjadi diri sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan