Boleh
saya melihat bayi saya?" Pinta ibu yang baru melahirkan anaknya, ketika
bayi diberikan kepadanya, sesuatu yang mengejutkan terjadi, bayi dalam
gendongan itu dilahirkan tanpa kedua belah daun telinga. Walaupun begitu
ibunya tetap menimang sayang bayinya. Masa membuktikan, walaupun
kelihatan buruk kelihatan tanpa telinga anak itu, tetap bekerja dengan
sempurna dan dengan kasih sayang serta dorongan semangat orang tuanya,
ia menjadi pemuda tampan yang cerdas, ia juga pandai bergaul sehingga
disukai kawan-kawannya, ia juga mengembangkan bakat di bidang muzik
sehingga membesar menjadi remaja yang disegani.
Suatu
hari ayah lelaki itu bertemu dengan seorang doktor "Saya boleh
memindahkan sepasang daun telinga untuk anak kamu, tetapi harus ada
seseorang yang bersedia memotong daun telinganya, maka orang tua lelaki
itu mulai mencari, siapa yang mahu memotong daun telinganya dan
diserahkan kepada anak mereka. Beberapa bulan sudah berlalu, tibalah
waktunya mereka memanggil anak lelaki itu,"Nak, seseorang yang tidak
ingin dikenal telah bersedia memotong daun telingannya untukmu, kami
harus segera menghantarmu ke rumah sakit untuk operasi, namun semua ini
sangatlah rahsia" kata si ayah.
Operasi
berjalan dengan lancar, wajahnya yang tampan, ditambah kini sudah
mempunyai daun telinga membuat ia kelihatan lebih tampan, ditambah bakat
muziknya, dia makin disegani dan mampu meraih banyak penghargaan dari
sekolahnya. Kecerdasannya kemudian membuat ia diterima bekerja sebagai
diplomat. Dia sangat ingin berterimakasih kepada orang yang memotong
daun telinga "Ya aku harus mengetahui, siapa yang telah berkorban ini
semua kepadaku, ia telah berbuat sesuatu yang besar, namun aku sama
sekali belum membalas kebaikannya"
Ayah yakin kau tidak boleh membalas kebaikan hati orang yang telah memberikan daun telinga itu, setelah terdiam seketika, ayahnya melanjutkan "sesuai dengan perjanjian, belum masanya bagimu untuk mengetahui semua rahsia ini. Tahun berganti tahun rahsia tetap tersimpan rapi, hingga suatu hari sesuatu yang menyedihkan bagi keluarga itu terjadi.
Ayah yakin kau tidak boleh membalas kebaikan hati orang yang telah memberikan daun telinga itu, setelah terdiam seketika, ayahnya melanjutkan "sesuai dengan perjanjian, belum masanya bagimu untuk mengetahui semua rahsia ini. Tahun berganti tahun rahsia tetap tersimpan rapi, hingga suatu hari sesuatu yang menyedihkan bagi keluarga itu terjadi.
Pada
hari itu ayah dan anak lelaki itu berdiri di tepi peti jenazah ibunya
yang baru sahaja meninggal, dengan perlahan ayah membelai rambut ibu
yang terbujur kaku lalu menyibaknya sehingga sesuatu yang mengejutkan
anak itu terjadi, ternyata ibunya tidak memiliki daun telinga. "Ibumu
pernah berkata bahawa ia senang sekali memanjangkan rambutnya dan tak
seorangpun menyedari bahawa ia telah kehilangan sedikit kecantikannya?"
Melihat kenyataan bahawa daun telinga ibunya yang dipotong, semakinlah
menangis si anak, ia merasakan bahawa cinta sejati ibunyalah yang
membuat ia boleh seperti saat ini.
Pembaca yang berbahagia,
Cinta
sejati tidak terletak pada apa yang telah dikerjakan dan diketahui
namun pada apa yang telah dikerjakan tapi tidak diketahui. Kisah
pengorbanan ibu tadi adalah wujud sebuah cinta sejati yang tidak boleh
dinilai dan digantikan dengan apapun. Inilah makna sesungguhnya dari
sebuah cinta yang murni, cinta seorang ibu kepada anaknya tanpa syarat.
Mari tebarkan cinta dengan ketulusan dan keiklasan, kita akan menemukan
kebahagiaan sejati.
Selamat Hari Ibu!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan