Dikisahkan,
ada seorang gadis muda yang bertekad membantu desa asalnya yang miskin
dan sangat mundur. Dia rajin mengusahakan segala daya upaya untuk
menghasilkan wang untuk membeli buku dan perlengkapan sekolah anak-anak
di sana. Sehebat apa pun usahanya, terasa masih banyak kekurangan.
Hingga suatu hari, dia mendapatkan janji bertemu dengan seorang kaya di
kota, dengan harapan si tuan kaya mahu memberi sumbangan wang. Setelah
bertemu, si gadis muda menceritakan keadaan desanya dan kemudahan
pendidikan yang jauh dari memadai serta memohonkan bantuan untuk mereka.
Dalam
keadaan nada bosan dan tidak bersahabat, tuan kaya berleter santai,
"Gadis muda, kamu salah alamat. Di sini bukan badan amal yang memberi
sumbangan percuma. Kalau memang anak-anak desamu tidak boleh sekolah,
itu nasib mereka. Kenapa aku yang harus membantu?" Nampaknya dia tidak
mempercayai sedikitpun ketulusan gadis muda di hadapannya. Dalam keadaan
tidak berdaya dan putus asa, si gadis tahu, usahanya telah gagal,
tetapi sebelum pergi, dia cuba berusaha untuk yang terakhir, "Tuan,
kalau boleh, apakah saya boleh meminjam sekantung bibit unggul biji
kacang tanah yang tuan hasilkan selama ini? Anggaplah hari ini tuan
telah membantu kami dan saya berjanji tidak akan mengganggu tuan lagi."
Orang
kaya itu hairan, kerana ingin segera mengusir gadis itu, tanpa banyak
bercakap, segera diberinya sekantung bibit kacang tanah yang diminta.
Sekembalinya dari sana, gadis itu mula menanam biji kacang tanah di atas
tanah penduduk miskin, dengan tekad sebanyak satu kantung biji kacang
tanah, akan menghasilkan kacang sebanyak yang boleh tumbuh di sana.
Usahanya berhasil. Beberapa waktu setelah musim menuai, gadis itu
kembali dengan si hartawan, "Tuan, saya datang kemari dengan tujuan
untuk mengembalikan sekantung biji kacang tanah yang saya pinjam waktu
itu." Lalu gadis itu menceritakan kejayaan mereka menanam hingga boleh
diambil hasilnya, dari sekantung biji kacang menjadi sebanyak itu. Si
tuan kaya sedar dengan hasil usaha dan ketulusan si gadis muda dan
berkenan datang ke desa untuk meninjau.
Dia
sangat sedar dan menyumbangkan alat-alat pertanian, mengajarkan cara
bertani yang baik, dan membeli semua hasil tanaman yang dihasilkan desa
tersebut. Tiba-tiba kehidupan di desa itu berubah secara mendadak.
Mereka mampu menghasilkan wang, hidup lebih sejahtera, dan mampu
membangun sekolah untuk pendidikan anak-anaknya. Sungguh perjuangan
seorang gadis muda yang membanggakan dan nyata! Tidak ada usaha yang
sia-sia! Seluruh penduduk desa selalu bersyukur dan berterima kasih atas
jasa gadis muda itu.
Sahabat,
Kehidupan
di dunia ini sangat realistik. Ketika kita dalam keadaan lemah, mundur,
gagal, banyak orang mengkritik bahkan menghina kita. Ketika kita ingin
memulai usaha atau ada idea-idea baru yang mahu kita lakukan, ada sahaja
orang yang tidak mahu membantu tetapi meremehkan, menghina dan
memandang sebelah mata. Ya, tidak perlu marah, dendam ataupun membenci.
Lebih baik siapkan segalanya secara maksimum dan perjuangkan sampai
berhasil. Setelah ada bukti berjaya baru orang akan percaya dan lambat
atau cepat akan memberi pengakuan pada kita. Jangan hairan, ketika kita
berjaya ada pula orang yang menunggu bila kita jatuh. Maka yang paling
utama adalah sikap kita. Sewaktu kita gagal dan diremehkan tidak marah.
Sewaktu kita berjaya, tidak lupa diri. Walaupun berjaya tetap rendah
hati dan bersahaja, tetap optimis dan terus menciptakan kejayaan yang
lebih besar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan