20 Jun, 2012

KEKUATAN ANGKA 1

Kekuatan Angka Satu
"It's never crowded along the extra mile. - Persaingan pasti berkurang pada tahap yang lebih tinggi." - Wayne Dyer (CoAuthor of "How to Get What You Really, Really, Really, Really Want")
 
Angka 1 memiliki makna yang luar biasa. Walaupun angka terkecil (kerana semua kiraan dimulai dari angka 1), tetapi angka 1 sangat besar ertinya. Angka 1 dapat menggambarkan sesuatu yang tunggal dan unik kerana tidak dapat digantikan, misalnya kalau kita menyebut sesuatu hanya ada 1 di dunia. Angka 1 juga melambangkan banyak hal positif misalnya; kesatuan, kebersamaan, sang juara, dan sebagainya.

Tidak hairanlah jika angka 1 juga kerap digunakan dalam sebuah misi khusus dan istimewa, contoh ekspedisi ke luar angkasa pertama berawak dinamakan STS-1.  Contoh lain adalah kejuaraan balap kereta dunia menggunakan Formula 1, dan masih banyak contoh lain yang menggunakan angka 1 sebagai simbol keunggulan atau istimewa.

Dalam hal tindakan untuk mencapai tujuan positif entah dalam kerjaya, bisnes, keluarga, kehidupan spiritual, sosial, intelektual, dan sebagainya, angka +1 juga penting. Cuba tambahkan 1 tindakan positif setiap hari, sesuai tujuan yang Anda maksud. Pasti suatu saat tambahan-tambahan 1 aktiviti positif & sederhana itu kelihatan luar biasa dalam kehidupan Anda.

Saya mengambil satu contoh misalnya seorang distributor network marketing, agen insuran atau pemasaran lain. Jika ia rajin menambah 1 calon pelanggan setiap hari, bererti ia akan mendapatkan tambahan 30 pelanggan dalam satu bulan. Jumlah tersebut dapat bertambah, kerana mungkin  30 calon pelanggan tadi merekomendasikan calon pelanggan lain.

Contoh lain iaitu seorang pengurus sebuah pejabat pemasaran yang membawahi 50 staf pemasaran. Jika ia mengharuskan setiap staf menambah 1 pelanggan setiap minggu, bererti jumlah pelanggan akan bertambah 50 X 4 = 200.

Tidak berbeza jika Anda ingin meningkatkan produktiviti kerja. Cuba Anda bekerja 1 jam lebih awal dan berhenti bekerja 1 jam lebih lambat. Jika dalam satu bulan masa kerja 25 hari, bererti produktiviti kerja Anda pasti lebih baik dengan tambahan 50 jam kerja per bulan. Kalau Anda ingin menambah ilmu pengetahuan, tidak ada salah menambah waktu 1 jam per hari untuk membaca buku ilmu pengetahuan atau literatur bermanfaat lain atau belajar dari seminar, tentu jumlah buku dan seminar yang Anda ikuti juga bertambah. 

Dengan demikian, ilmu pengetahuan mahupun idea-idea inspiratif yang Anda serap tentu untuk bekal agar hidup lebih sihat, kaya, dan bahagia juga tentu lebih banyak. Dari segi motivasi pencapaian prestasi hidup atau keinginan untuk hidup lebih baik dan sukses, angka 1 juga dapat bermakna penting. Kalau Anda gagal, kemudian berusaha 1 kali lagi, dan begitu seterusnya maka angka +1 benar-benar memberi erti luar biasa. Oleh kerana dengan berusaha 1 kali lagi, bererti Anda melipatgandakan usaha dan pasti ada peluang kesuksesan. 

Jadi jangan anggap tidak penting kekuatan angka +1 kerana boleh jadi akan membawa Anda mencapai kehidupan ideal yang Anda sangat perlukan. Angka +1 juga dapat menjadi kunci keharmonian keluarga. Selain bekerja keras memenuhi keperluan keluarga, cuba berikan tambahan 1 jam waktu untuk keluarga, tentu Anda menjadi lebih dekat dengan keluarga. Sehingga hubungan antara anggota keluarga menjadi lebih harmoni.

Berdasarkan contoh-contoh yang telah saya nyatakan di atas,  perhatikan bahawa angka +1 memiliki kekuatan yang luar biasa. Kunci dari kedahsyatan kekuatan angka +1 tersebut juga hanya 1 iaitu bersikap konsisten. Jadi walaupun hanya satu tindakan positif dalam satu hari tetapi jika dilakukan dengan konsisten atau terus menerus selama ada masa, maka hasilnya akan benar-benar memberi kesan.

Konsisten melakukan 1 hal penting dan bermanfaat setiap hari mungkin sangat sulit dilakukan, tetapi saya memiliki beberapa tips agar Anda mampu bersikap konsisten, iaitu;
  • Memiliki target yang jelas dan benar-benar ingin Anda mahu.
  • Tulislah target-target tersebut, bermanfaat meningkatkan komitmen melaksanakan hal-hal positif dalam kehidupan sehari-hari.
  • Bertindak dan berpikir lebih terfokus pada tujuan atau target-target yang ingin dicapai. 
  • Disiplin melakukankan seluruh perancangan setiap hari. 
  • Belajar dari setiap situasi, dan terus menyesuaikan serta memperbaiki diri.
  • Melakukan visualisasi, iaitu membayangkan bagaimana hasil yang akan Anda nikmati kelak jika berhasil. 
  • Tidak berhenti berjuang sebelum sampai di tujuan yang ingin dicapai.
Angka +1 memang memiliki kekuatan yang luar biasa, membangun kehidupan menjadi lebih berkualiti dalam erti berhasil dalam kehidupan material, bererti bagi diri sendiri dan orang lain, hidup bahagia dan penuh kedamaian. Kekuatan angka +1 tersebut hanya ada jika kita konsisten melakukan seluruh hal positif yang ditambahkan dalam aktiviti seharian itu. Jika Anda semakin konsisten menambahkan dan melaksanakan 1 hal positif, semakin mudah Anda mendapat kehidupan ideal yang Anda perlukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan