Berjabat Tangan Tanda Menghargai Orang Lain |
Dikisahkan,
di sebuah majlis perpisahan sederhana seorang pengarah yang tidak lama
lagi akan pencen. Diadakan sebuah sesi acara ucapan ringkas. Kesan dan
kritikan dari anak buah kepada bekas atasannya yang memasuki masa-masa
mahu pencen dari syarikat tersebut. Oleh sebab waktu yang terbatas,
kesempatan tersebut dinyatakan hanya dalam bentuk tulisan. Di antara
pujian dan kesan yang diberikan, dipilih dan dibingkai untuk diabadikan
kemudian dibacakan di dalam majlis tersebut, yakni sebuah catatan dengan
gaya tulisan coretan dari seorang office boy yang telah bekerja cukup lama di syarikat itu.
Dia
menulis semuanya dengan huruf ringkas sebagai berikut, "Yang terhormat
Tuan Pengarah. Terima kasih kerana Tuan telah mengucapkan kata "tolong", setiap kali Tuan memberi tugas yang sebenarnya adalah tanggungjawab saya. Terima kasih Tuan Pengarah kerana telah mengucapkan "maaf",
saat Tuan menegur, mengingatkan dan berusaha memberitahu setiap
kesalahan yang telah dibuat kerana Tuan ingin saya mengubahnya menjadi
kebaikan.
Terima kasih Tuan Pengarah kerana selalu mengucapkan "terima kasih" kepada saya atas hal-hal kecil yang telah saya lakukan untuk Tuan. Terima kasih Tuan Pengarah atas semua penghargaan kepada orang kecil seperti saya sehingga saya boleh bekerja dengan sebaik-baiknya, dengan kepala tegak, tanpa merasa direndahkan dan dikecilkan. Sampai bila pun tuan adalah Pengarah buat saya. Terima kasih sekali lagi. Semoga Tuhan memberkati jalan dimanapun Tuan berada."
Terima kasih Tuan Pengarah kerana selalu mengucapkan "terima kasih" kepada saya atas hal-hal kecil yang telah saya lakukan untuk Tuan. Terima kasih Tuan Pengarah atas semua penghargaan kepada orang kecil seperti saya sehingga saya boleh bekerja dengan sebaik-baiknya, dengan kepala tegak, tanpa merasa direndahkan dan dikecilkan. Sampai bila pun tuan adalah Pengarah buat saya. Terima kasih sekali lagi. Semoga Tuhan memberkati jalan dimanapun Tuan berada."
Setelah
sejenak keheningan menyelimuti ruangan itu, serentak tepuk tangan
menggema memenuhi ruangan. Secara diam-diam Tuan Pengarah mengusap
genangan air mata di sudut mata tuanya, terharu mendengar ungkapan hati
seorang office boy yang selama ini dengan setia melayani keperluan seluruh isi pejabat.
Tuan
Pengarah tidak pernah menyangka sama sekali bahawa sikap dan ucapan
yang selama ini dilakukan, yang menurutnya begitu sederhana dan
biasa-biasa sahaja, ternyata mampu memberi erti bagi orang kecil seperti
si office boy
tersebut. Terpilihnya tulisan itu untuk diabadikan, kerana seluruh isi
pejabat itu setuju dan sepakat bahawa teladanan dan kepemimpinan
pengarah akan mereka teruskan sebagai budaya di syarikat itu.
Sahabat,
Sahabat,
Tiga kata "terima kasih, maaf, dan tolong"
adalah perkataan pendek yang sangat sederhana tetapi mempunyai kesan
yang positif. Namun mengapa kata-kata itu kadang kala sangat sulit kita
ucapkan? Sebenarnya secara tidak langsung telah menunjukkan keberadaban
dan kebesaran jiwa manusia yang mengucapkannya. Apalagi diucapkan oleh
seorang pemimpin kepada bawahannya.
Pemimpin
bukan sekadar memerintah dan mengawasi, tetapi lebih pada sikap teladan
lewat cara berfikir, ucapan, dan tindakan yang mampu membimbing,
membina, dan mengembangkan yang dipimpinnya sehingga tercipta sinergi
dalam mencapai tujuan bersama. Tentu bagi siapapun kita perlu
membiasakan untuk mengucapkan kata-kata pendek seperti terima kasih,
maaf, dan tolong dimana pun, bila pun, dan dengan siapa pun kita
berhubungan. Apabila kita mampu menghargai orang lain, sebenarnya kita
telah menghargai diri kita sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan