Ketetapan Hati |
Bertahun-tahun
yang silam, ada seorang pemuda dari bandar, berbekal pendidikan tahun 6
pun tidak tamat, dia mencuba mengadu nasib di bandar besar, setiba di
bandar dia mendapat pekerjaan sebagai seorang penjual di sebuah
syarikat sabun.
Ketika
itu, filem-filem action kungfu dari Hongkong dan Taiwan sedang rancak
masuk ke negaranya. Dia merasa mempunyai bekal ilmu kungfu, body menawan
dan wajah yang menarik. Pemuda itu pun mempunyai impian dan bertekad,
ingin menjadi seorang bintang filem laga di bandar besar itu.
Pengorbanan yang tidak berfikir panjang dilakukan dengan meletakkan
jawatan daripada pekerjaannya. Namun sayang, nasib baik belum memihak
kepadanya, kenyataan tidak seindah impian, kegagalan pun harus ikhlas
diterimanya.
Waktu
terus berjalan, kegagalan yang lalu tidak melemahkan langkahnya.
Impian menjadi bintang filem tambah kuat, bahkan fokus lebih besar
dibina, yakni ingin menjadi bintang filem kungfu di Hongkong, persiapan
dilakukan dengan lebih baik, Dari latihan fizikal lebih keras dan doa
juga mengiringi surat lamaran dengan foto-foto action yang di kirim ke
syarikat Eterna Filem di Hongkong.
Tidak
beberapa lama kemudian, surat balasan datang, memberitahu bahawa ia
diterima menjadi bintang filem di Hongkong. "Ya Tuhaaann... impianku
jadi kenyataan!" teriaknya kegembiraan. Berita gembira itu pun tersebar.
Segala persiapan dia lakukan. Ketika menikmati kegembiraannya,
tiba-tiba sebuah surat datang kembali. Beritanya sungguh menyedihkan.
Akibat cuaca buruk yang berpanjangan, terpaksa shuting filem telah
ditunda sampai batas waktu tidak ditentukan. Perasaan sedih spontan
menyelimutinya, tubuhnya lemas, longlai kerana tidak ada kepastian bila
akan berangkat. Kegembiraan juga langsung berubah menjadi kemuraman.
"Apakah ini petanda memang aku tidak ditakdirkan jadi bintang filem di
Hongkong?" Keluhnya dalam hati. Batin pemuda itu terus bergolak, antara
tetap bertahan dengan impian besarnya untuk jadi bintang filem atau
menyerah.
Perasaan pemuda itu tidak menentu. Fikirannya kusut. Tarikan kuat di hatinya untuk terus bertahan bertarung sangat keras dengan godaan untuk menyerah. Tiba-tiba, dia ingat kata-kata motivasi yang sering diajarkan oleh ayahnya, " Selama gunung masih menghijau, jangan takut kehabisan kayu bakar.", kata pepatah motivasi itu langsung kembali membangkitkan semangatnya. "Aku harus bertahan. Aku pasti boleh menjadi bintang filem di hongkong, Aku tidak boleh menyerah dan tidak akan menyerah! Ketetapan hatiku tidak akan berubah!!!"
Tiga bulan kemudian, dengan ketetapan hati yang dilandasi kebulatan tekad untuk tetap bertahan itu, akhirnya panggilan untuk berangkat main filem datang. Pemuda itu berhasil menggapai impiannya, menjadi bintang filem Hongkong yang mengambil lokasi shuting di Taiwan. Sungguh, kemenangan perang batin yang luar biasa, Keyakinan kuatnya untuk menjadi bintang filem terjawab sudah. Proses perjuangan yang dilandasi ketetapan hati itu akhirnya mengkristal, menjadi sebuah kekayaan mental dan menjadi karakter bagi pemuda tadi, sehingga berguna di kemudian hari dan menjadi bekalnya meraih kejayaan di pelbagai bidang yang dia ceburi.

Sahabatku,
KETETAPAN HATI,
mutlak dimiliki bagi setiap orang yang ingin meraih kejayaan. Kualiti
dan kapasiti manusia untuk bertahan dalam badai kehidupan sangat
ditentukan oleh keuletan dan ketetapan hati yang dimiliki. Ketika kita
telah memilih untuk bertahan, hati nurani pun pasti akan ikut berbisik.
Jika diperkuat dengan tindakan nyata, maka kekuatan ketetapan hati
seperti itu akan didengar oleh Tuhan. Tuhan pasti akan membantu
mewujudkan impian kita melalui caraNya, yakni dengan cara yang terbaik
dan sering kita tidak menduga. Inilah sebuah kebahagiaan sekaligus
kebanggaan bagi kita semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan