Mewujudkan Impian Dan Akhirnya Berjuang |
Dikisahkan,
pada tahun 1867, hiduplah seorang ahli teknik kelahiran Jerman bernama
John Augustus Roebling. Ia bermimpi membangun sebuah jambatan yang
menghubungkan Kota New York dan Long Island. Impian John tidak mendapat
sokongan bahkan ditertawakan oleh ramai kawannya. Mereka mengganggap
projek itu adalah idea yang paling gila dan impossible di zaman itu.
Maka, John hanya boleh berkongsi impian dengan anaknya, Washington
Roebling. Washington juga seorang ahli teknik. Ayah dan anak itu
berjuang bersama untuk mewujudkan impian itu.
Ketika
projek itu baru berjalan beberapa bulan, terjadi kemalangan teruk.
Sayangnya, kerana pertolongan lambat, John Roebling tidak dapat
diselamatkan. Sedangkan Washington, walaupun nyawanya selamat, tetapi
mengalami cedera parah di kepalanya yang mempengaruhi otaknya.
Washington menjadi lumpuh dan tidak mampu bercakap. Namun demikian,
impaian ayahnya tentang jambatan tidak pernah padam dalam fikirannya.
Suatu hari, ketika Washington terbaring tidak berdaya di tempat tidurnya, ia melihat cahaya matahari melalaui tingkap biliknya, menyilaukan dan menyakitkan mata. Dia segera menutup kelopak matanya, dan ketika itu pula, seakan Tuhan bercakap dengan pertanda, tiba-tiba muncullah sebuah kesedaran, "Hari ini aku masih boleh menikmati indahnya kilau mentari, ertinya, Tuhan masih memberiku waktu untuk berbuat. Aku sedar, aku tidak boleh menyerah!" dengan sekuat tenaga ia berkonsentrasi penuh dan berusaha untuk menggerakkan satu jarinya. Usaha yang dilakukan berulang-ulang dengan semangat dan konsentrasi penuh, ternyata tidak sia-sia. Dia berhasil menggerakkan jarinya! Perlahan-lahan, Washington mampu membuat isyarat untuk berkomunikasi dengan istrinya, Emily, melalui satu jari itu.
Walaupun begitu perlahan pada awalnya, dengan cara seperti itulah, Washington memberi petunjuk kepada Emily untuk melanjutkan pembuatan jambatan. Semua arahan diberikan kepada Emily dan kemudian disampaikan lebih lanjut kepada para pekerjanya yang setia membantu mewujudkan impiannya melalui pelbagai cara yang tidak sedikit jumlahnya. memerlukan waktu panjang untuk berjuang dengan semua kekuatan yang ada dan ketegarannya, dan memerlukan waktu selama 13 tahun untuk mewujudkan impiannya. Akhirnya, pada tahun 1883, Jambatan Brooklyn (Brooklyn Bridge) berdiri megah di Kota New York, Amerika Syarikat hari ini.

Anda yang dikasihi,
Cerita
di atas merupakan sebuah contoh bahawa fikiran positif dan perjuangan
nyata mampu memegang erat mimpi dan boleh mewujudkan apa yang tidak
mungkin menjadi mungkin! Betapa luar biasanya kekuatan fikiran manusia!
Fikiran manusia boleh membuat hidup menjadi sengsara atau bahagia, gagal
atau berjaya, biasa-biasa saja atau luar biasa. Kalau kita mengikuti
fikiran yang negatif, maka kehidupan kita isinya akan negatif pula.
Hidup penuh kecemasan, pasif, ketakutan dan kekurangan. Namun jika kita
mampu mengembangkan fikiran yang positif, optimis, dan senantiasa ada
pengharapan yang positif, serta mempunyai komitmen tinggi dalam
mewujudkan segala impiannya, maka kita akan hidup penuh gairah, syukur,
gembira, berjaya, dan bahagia setiap hari.
Mari
kita pilih hidup dengan pola fikir yang positif. Kita pilih hidup
dengan aktiviti yang positif dan kita pilih agar kualiti kita hidup
berguna bagi kita dan bagi ramai orang...!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan