20 Jun, 2012

BENARKAH WANG SEGALA-GALANYA?

Benarkah wang segalanya?..
Benarkah wang segalanya? Seorang anak muda mendekati seorang pengusaha sukses pada sebuah seminar sehari yang membahas tentang The Law of Attraction. Saat itu semua sedang berehat makan siang dan dengan sigap si pemuda mencuri kesempatan untuk duduk mendekati pengusaha sukses ini. Sambil menikmati udang goreng mentega, cah kangkung, dan sambal mangga, si pemuda membuka percakapan. “Perkenalkan, saya Andi,” sapa si pemuda “Oh, hello ... saya Kris,” jawab pengusaha ini ramah."Kerja di mana,?” “Saya masih mencari pekerjaan, tuan,” jawab pemuda ini agak terkejut. “tuan, saya sengaja duduk di dekat dengan tuan kerana ingin tahu, bagaimana tuan boleh sukses dengan umur yang sangat muda?” tanya pemuda ini, tidak mahu kehilangan kesempatan. “Kerana, wang adalah segalanya.” Jawaban pengusaha itu sangat mengejutkan. “Oh, jadi kerana tuan mengejar wang untuk jadi kaya?” si pemuda semakin ingin tahu. Sambil tertawa, pengusaha muda meletakkan sendok dan garpunya dan berbalik menghadap pemuda yang ingin tahu itu. “saudara, apakah wang adalah segalanya?” tanyanya. “Hmmm... i..iyaaa sih.. kerana segalanya perlu wang,” jawabnya agak ragu. “Ok, kalau wang itu segalanya, mahukah Anda menukar wang yang saya miliki dengan sesuatu yang Anda miliki? Setuju?” tanya pengusaha ini mencabar. “Hmm.. tapi saya tidak punya apa-apa, tuan,” jawab pemuda itu. "Manusia diciptakan sempurna, mereka punya aset hanya mereka tidak sedar akan asetnya sendiri. 

Ayuh kita cuba!" tegasnya. “Saudara, mahukah Anda menukar 1 juta dengan kehilangan penglihatan anda? Jangan jawab sekarang, fikirkan baik-baik. Mahukah Anda menukar 1 juta dengan kebebasan Anda?” Mahukah Anda menukar 1 juta dengan kedua kaki Anda? Mahukah Anda menukar 1 juta dengan kemampuan berfikir Anda? Mahukah Anda menukar kesihatan anda dengan wang satu juta?" "Jika jawabannya 'TIDAK' bererti Anda sudah 'KAYA'," katanya serius, sambil mengambil sepotong roti  dan melahapnya dengan santai. 

Pengusaha melanjutkan, "WANG bukan penyebab. Wang adalah alat tukar. Jika Anda ingin mendapat WANG, Anda harus memiliki alat tukar yang setara, begitu prinsipnya? Kalau tangan Anda bernilai satu juta, bagaimana Anda akan menggunakan tangan Anda agar boleh menghasilkan manfaat yang bernilai satu juta? Jika mata anda bernilai satu juta atau lebih, bagaimana Anda akan memanfaatkan mata Anda untuk melihat, menilai, memantau mengamati segala sesuatu agar dari mata menghasilkan pemikiran yang setara atau lebih dengan nilai satu juta? 

Apakah Anda sudah menggunakan tangan, kaki, hidung, mata, kepala, tubuh, hati, perasaan, ekspresi, serta emosi agar potensi yang sangat bernilai ini boleh di tukarkan dengan WANG? Contoh: Chris John: menukarkan stamina, kecepatan, fizikalnya dengan wang. Jamie Oliver: menukarkan indera pengecapnya untuk menciptakan masakan lazat dengan wang. Thomas Edison: menukarkan waktu, tenaga, fikiran, emosi, kreativiti untuk mencipta dengan wang. 

Oleh sebab WANG adalah AKIBAT! Nikmati proses dalam rangka menukarkan sumber daya Anda dengan cara riang gembira. 'Wang bukan sumber motivasi terbesar buat saya, itu terjadi kerana saya menikmati permainannya,' begitu kata orang kaya ternama Donald J Trump." Si pemuda termenung memikirkan kata-kata pengusaha ini dengan sangat dalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan