21 Jun, 2012

MENGUASAI KEHIDUPAN DENGAN SATU KAKI

Kecacatan bukan penghalang kejayaan
Namanya adalah Roger Crawford dan bekerja sebagai konsultan dan pembicara motivator bagi banyak perusahaan fortune 500 di penjuru Amerika. Ketika masih di universitI, ia adalah pemain tennis untuk Marymount Layola University dan menjadi pemain tennis professional. Apakah hal itu tidak membuat Anda terkesan? Tunggu dulu, jika saya katakan bahAwa dia tidak mempunyai tangan dan hanya  satu kaki, bagaimana?

Roger dilahirkan dengan keadaan yang disebut ectrodactylism. Ketika masih dalam kandungan, doktor hanya melihat seperti ada ibu jari keluar dari lengan kanannya dan jari-jari tumbuh di lengan kirinya, namun ia tidak memiliki telapak tangan. Kaki kirinya terus menyusut hanya memiliki tiga jari, kaki ini diamputasi saat ia berumur lima tahun. Orang tuanya diberitahu bahawa Roger tidak akan  memiliki kehidupan yang normal.

Namun orang tua Roger tidak menyerah, mereka membentuk Roger menjadi manusia normal dan mengajarnya hidup berdikari. Ketika Roger telah siap, ia disekolahkan di sekolah umum. Mereka mengajarnya berfikir positif, dan jadilah Roger menjadi peribadi yang positif.

Roger tidak membiarkan kekurangannya menghambatnya untuk berhasil dan menikmati kehidupan yang telah Tuhan karuniakan. Ia menjalani hidupnya dengan maksimum, kerana ia mempercayai bahawa Tuhan memberikan kelebihan unik dalam dirinya dibalik semua kekurangan yang ada dalam dirinya.

Hari ini apa yang menjadi penghalang bagi Anda untuk maju? Datanglah kepada Tuhan dan mintalah kekuatan dariNya untuk menaklukkan kelemahan itu. Setiap orang, Tuhan telah karuniakan sebuah berkat yang unik dimana Anda boleh nikmati secara maksimum di dalam hidup Anda.
Kekurangan Anda bukanlah kelemahan, itu hanyalah berkat tersembunyi dari Tuhan dalam bungkus yang lusuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan